Petua Untuk Mendapatkan Anak Bagi Yang Sudah Lama Berkahwin

Petua Dapat Anak

Petua untuk mendapatkan anak – Setiap manusia apabila tiba masanya akan mahu hidup berpasangan dan akhirnya berkahwin. Selepas berkahwin bagi melengkapkan hidup mereka, ingin pula mendapatkan zuriat.

Tidak dinafikan ada pasangan yang mudah untuk mendapatkan anak dan ada pasangan yang sukar untuk mendapatkan anak walaupun bertahun sudah mendirikan rumahtangga. Berbagai ikhtiar dilakukan seperti berjumpa dengan pakar, rawatan alternatif lain dan sebagainya namun tidak juga berhasil.

makanan untuk ikhtiar hamil
Semua pasangan merancang untuk memperolehi cahaya mata

Apa kata anda cuba petua ini? Melalui perkongsian dari pengalaman seorang pengamal perubatan melayu islam ini, kami ingin ketengahkan petua yang beliau kongsikan di facebook miliknya. Oleh itu jangan buang masa anda, teruskan membaca.

PETUA CEPAT HAMIL CARA TRADISIONAL

Jom kita baca dan teliti perkongsian beliau.


Ramai yang bertanya bagaimana petua untuk mendapatkan zuriat. Petua ini saya belajar dari seorang ibu angkat saya, dimana beliau adalah seorang bidan tua, yang banyak ilmu tentang kebidanan.

petua mendapatkan anak
Anak adalah pelengkap dan penyeri sesebuah rumahtanngga

Sebenarnya banyak lagi ilmu bidan yang saya pelajari darinya. Tetapi hari ini saya ingin memberi salah satu petua yang saya ambil darinya untuk mereka yang bermasalah untuk mendapatkan zuriat.

Wanita yang menginginkan keturunan, maka cuba sediakan bahan yang saya sampaikan ini.

Artikel Lain: 5 Tips Mudah Menangani Anak Bermasaalah

Bahan-bahan:

1. Seulas temu hitam sebesar ibu jari.
2. Sebiji buah asam jawa.
3. Pangkal dari buah pisang awak. Sebanyak tiga pangkal.

makanan untuk cepat hamil
Bahan-bahan utama. Dalam bulatan merah adalah pangkal (tangkai) buah pisang.

Cara Penyediaan:

Tumbuk sehingga hancur dan bancuh dengan secawan air putih. Jadikan ia sebagai minuman harian.

Kepada si suami pula hendaklah berpuasa selama tujuh hari dan selama berpuasa hendaklah membaca surah Al-Qadr sebanyak 1000 kali sehari.

Selepas sahaja tujuh hari pada malam jumaat bersamalah dengan isteri kamu, pada ketika air m4ni hendak keluar berdoalah untuk dikurniakan zuriat.

cara nak anak
Semoga anda dianugerahkan apa yang anda mahukan

lnsya Allah semoga dikaburkan doa anda.

Semoga petua ini membantu anda. Sila kongsi dan layari facebook kami di Anakbapak

Artikel Lain: Bahaya Pasang Lampu Ketika Tidur Terutama Anak-Anak

Sumber: Rosdi Hasan



You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya memang anak bapak dan ibu. Seorang lelaki biasa namun ada perlindungan insurans, takaful dan medical card. Saya suka melancong (travel) terutama ke Korea, Jepun, Eropah dan Australia. Gemar menaiki pesawat tambang murah seperti Air Asia, Malindo, Fire Fly dan Scoot. Berhasrat mahu ke Amerika Syarikat. Makanan kegemaran KFC, Western Food, McDonalds, Masakan India dan Thailand. Kereta Honda tetapi mahu membeli Ferrari atau Lamborghini tetapi tidak mampu. Telefon hanya guna Samsung dan vivo. Dulu pernah guna oppo. Huawei tidak pernah cuba. Suka juga layari laman niaga Ali Baba, e-bay dan Amazon. Berhasrat mahu memiliki banglo mewah kalau ada duit. Orang kata nak banyak duit main forex atau bitcoin tapi saya tidak berani. Itulah serba ringkas tentang saya.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!