Setiap minggu cuci kipas, kalau tak curi sekejap sahaja penuh dengan habuk yang tebal. Nak cuci kipas bukan senang kerana terpaksa buka, cuci dan lepas tu kenalah pasang balik. Kita tidak pernah terfikir bagaimana petua mengelakkan habuk melekat pada bilah dan jaring kipas angin.
Bila dah berhabuk, selalu bersih pagi-pagi tambahan jika hidung kita memang ada alahan dengan habuk. Kalau asma lagi bahaya. Oleh itu kita kena fikir sesuatu.
Kali ini jangan risau kerana ada satu petua yang dikongsikan oleh Alosnida Musa bagaimana nak elakkan habuk melekat pada jaring dan bilah kipas. Kaedah ini membolehkan kipas anda bertahan lebih 2 bulan.
Jadi tak perlu lah kipas dibersihkan selalu seleas ini kerana ia boleh bertahan dalam masa 2 hingga 3 bulan. Lagipun bahan yang diperlukan untuk mencuci ada di dapur rumah kita. Cara nak sediakan pun sangat mudah.
Bahan Yang Diperlukan:
- Cuka makan
- Pelembut fabrik
- Botol penyembur
Cara-Cara:
1. Bersihkan kipas serta jaring seperti biasa dengan menggunakan air.
2. Di dalam bekas yang lain, campurkan cuka makan, pelembut pakaian dan air dengan nisbah campuran 1:1:1 bagi setiap bahan.
3. Kacau sehingga sebati. Seterusnya masukkan campuran tadi ke dalam botol spray supaya lebih senang untuk digunakan.
4. Sembur ke seluruh kipas dan jaring.
5. Biarkan lebih kurang 5 minit. Kemudian lap dengan kain yang lembab.
6. Pastikan kering sebelum dipasang semula.
7. Ulangi petua ini 2 atau 3 bulan sekali. Bukannya habuk tak melekat sampai setahun.
Zass!! Kipas sudah boleh digunakan seperti biasa tanpa ada lagi kotoran yang melekat! Selamat mencuba dan jangan lupa LIKE dan SHARE page Anak Bapak.
Artikel Lain: Cara Servis Mesin Basuh DIY
Sumber: Alosnida Musa via psp
2 Comments