PETUA ZAMAN DULU AGAR ANAI-ANAI TAK AKAN DATANG SAMPAI BILA-BILA

ANAI-ANAI

Anai-anai adalah satu masalah kepada kita. Biasanya apabila sesebuah rumah atau premis itu mula didatangi serangga ini, sangat sukar untuk menghilangkannya.

Ini kerana serangga kecil akan memasuki ke dalam bahan binaan seperti alang, lantai tiang dan sebagainya sehingga kadang kala sukar untuk kita mengesannya.

dimakan anai anai

JANGAN MAIN DENGAN ANAI-ANAI

Kita hanya perasan dengan kedatangan anai-anai bila sesuatu tempat itu kita dapati mula mereput. Ketika itu, ia mungkin sudah banyak bersarang di dalam ruang-ruang tersebut.

Hebatnya serangga ini, mereka mampu merobohkan sesuatu struktur. Dan bagi kita, rasa agak sukar untuk membasminya.

Namun sebenarnya kita hendaklah memulakan langkah pencegahan terlebih dahulu semasa mula-mula menduduki sesuatu bangunan. Contohnya membuat semburan ubat anai anai secara berkala.


cara hapus anai-anai
Bagi yang berkemampuan bolehlah memanggil Pes Control

Jika kita lalai, Habis! Namun bagaimana cara untuk membasmi anai anai dan memastikan ia tidak datang kembali? Sebenarnya ada cara yang digunakan oleh orang-orang tua dahulu.

Cara Membasmi Anai-Anai

Menerusi satu perkongsian oleh saudara Rosdi, beliau memberikan cara mudah membasmi anai-anai sehinggakan anai-anai itu tidak akan datang kembali. Bagaimanakah caranya? Jom teruskan membaca.

Bahan Yang Diperlukan

Dapatkan minyak tanah dalam anggaran berat dua kilogram. Kemudiam garam kasar sebanyak sekilogram.

cara halau anai-anai
Hanya dua bahan ini sahaja yang anda perlu sediakan

Cara Menyediakan Bahan

Campurkan garam dengan minyak tanah dan kacau sehingga garam itu larut dan biarkan selama semalaman.

Selepas cukup semalaman semburkan campuran minyak tanah dan garam itu pada tempat yang ada anai-anai. Mudah sahaja caranya.

Insya Allah selepas itu anai anai tidak akan datang merosakkan rumah anda lagi. Inilah yang digunakan oleh orang-orang tua dahulu pada kayu bila nak buat rumah. Sebenarnya supaya rumah mereka tahan lama dan tidak dimakan oleh anai anai.

cara halau anai-anai
Tak hairanlah jika rumah orang dulu-dulu tahan sehingga lebih seratus tahun

Min dulu tengok Tok Wan memang buat macam tu selain menyapu minyak khas yang di beli pada dinding dan tiang rumah. Rupa-rupanya ada tujuan.

Petua Lain – Cara Elak Habuk Melekat Pada Kipas dan Jaringnya

Apa komen anda? Lepas baca pasal cara basmi anai anai ni, tolong share ya mana tahu bermanfaat. Terima kasih kerana bersama Anak Bapak.


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!