Kenapa Pihak Sekolah Tidak Menghantar Anak Anda Ke Hospital Jika Mereka Sakit Atau Cedera? Benarkan Bukan Tanggungjawab Pihak Sekolah?

Apakah Tanggungjawab Pihak Sekolah Jika Murid Sakit Atau Cedera?

Kadang-kadang ada ibu bapa merungut jika pihak sekolah menelefon mereka memaklumkan bahawa anak mereka cedera akibat sesuatu kemalangan kecil. Pada pandangan ibu bapa, mungkin cikgu tersebut terlalu berkira hingga sanggup memanggil ibu bapa yang jauh datang semata-mata untuk membawa anak ke klinik atau hospital. Mana tanggungjawab pihak sekolah? Mungkin ada juga yang marah-marah.

Tahukan anda bahawa merujuk kepada Pekeliling Ikhtisas Bil: 9/2000 dan Bil: 1/1995, sesungguhnya, pihak sekolah tidak boleh bertindak menghantar sendiri pelajar yang sakit atau cedera ke hospital. Jika ada pelajar yang membuat aduan samada mereka demam, pening atau sakit, pihak sekolah juga tidak boleh sewenang-wenangnya memberikan ubat kepada mereka. Contohnya anak demam mahu diberikan paracetamol.

Tanggungjawab Guru
Berbagai kebarangkalian boleh berlaku jika anak-anak berada di dalam kelas tanpa ada guru

Prosedur

Pihak sekolah sebenarnya bukan mahu lepas tangan dalam perkara yang berkaitan tetapi perlu mengikut prosedur terlebih dahulu. Inilah tanggungjawab pihak sekolah. Walaupun sesuatu insiden yang berlaku menyebabkan kecederaan seperti luka akibat kemalangan yang terjadi pada waktu persekolahan, pelajar masih lagi di bawah tanggungjawab ibu bapa.

Kebenaran Ibu Bapa / Penjaga

Jika anda pernah mendengar atau melihat sebelum ini ada pihak sekolah menghantar terus pelajar ke hospital, ianya dibuat atas dasar TIMBANG RASA atau melibatkan kes KECEMASAN. Contoh kes kecemasan seperti terkena sawan atau sakit jantung. Tanggungjawab pihak sekolah adalah memaklumkan kepada ibu bapa atau penjaga walaupun ketika mereka masih dalam perjalanan ke hospital dan guru akan minta kebenaran samada secara lisan atau bertulis.

Semua tindakan guru kepada pelajar memerlukan kebenaran bertulis dari ibu bapa. Tujuannya adalah untuk mengelakkan sebarang masalah berbangkit di kemudian hari.

Isu Yang Boleh Dibangkitkan

Ada juga isu yang boleh dibangkitkan iaitu di mana guru berada semasa sesuatu insiden berlaku. Terdapat dua istilah penting yang dibunakan iaitu ‘kemalangan’ dan ‘kecuaian’. Jika semasa sesuatu kejadian ada guru di situ, ia dikatakan kemalangan, tetapi jika guru tiada semasa kejadian, ia adalah kecuaian. Sebab itulah Guru-guru tidak boleh lewat masuk ke dalam kelas. Jika berlaku sesuatu semasa ketiadaan guru, maka ia akan menjadi isu hangat. Mungkin di tuduh Kecuaian.

Tanggungjawab sekolah
Jika berlaku seseuatu tanpa ada guru di tempat kejadian, mungkin boleh dikatakan kecuaian

Kesimpulan

Anak anda tanggungjawab ibu bapa walau semasa berada di sekolah. Pihak sekolah hanya boleh membawa anak anda ke hospital hanya setelah mendapat kebenaran ibu bapa. Jika kita dengar ianya seperti mementingkan diri sendiri tetapi itulah kebenarannya. Perlu diketahui juga setiap pelajar dilindungi skim insuran takaful (Rujuk Pekeling Ikhtisas Bil: 3/1995).

Sumber: facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *