PKR Tolak Tun M Sebagai Calon Perdana Menteri. Mungkin Pengalaman Lalu Menyedarkan PKR

PKR tolak Tun M

Resmi: PKR Tolak Tun M Sebagai Calon Perdana Menteri. Kepemimpinan pusat dan anggota parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) menolak Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri selepas ini. Hal itu disuarakan dalam kenyataan mereka selepas mesyuarat khas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan anggota parlimen PKR di atas talian pagi semalam.

“Walau bagaimanapun, parti memutuskan untuk tidak menyokong cadangan mencalonkan Tun Dr Mahathir sebagai perdana menteri, dan kekal dengan konsensus Pakatan Harapan mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri,” katanya.

Bagaimanapun, parti itu terbuka untuk berbincang dengan semua pihak termasuk Dr Mahathir “demi usaha menyelamatkan Malaysia dan mengembalikan mandat rakyat ke tempatnya”.

Kenapa PKR Tolak Tun M Sebagai Calon PM?

Sebelum ini Anthony Loke selaku Setiausaha Organisasi DAP menggesa PKR menyatakan pendirian parti itu berhubung tawaran kombinasi Dr Mahathir sebagai perdana menteri dan Anwar sebagai timbalan perdana menteri seperti dibincang dalam mesyuarat PH Plus.

PH Plus merujuk kepada nama yang digunakan untuk gabungan PKR, Amanah, DAP dan Mahathir dan penyokongnya serta Parti Warisan.


Sebelum ini Tun Dr Mahathir mencadangkan dirinya diberi 6 bulan untuk memimpin sebagai Perdana Menteri sebelum menyerahkan jawatan tersebut kepada Anwar. Cadangan itu diterima oleh DAP dan Amanah.

Namun ianya tidak disenangi oleh PKR yang mendakwa Tun M sebagai tidak konsisten dalam konsensus sebelum ini, yang menetapkan beliau perlu menyerahkan jawatannya kepada Anwar selepas 2 tahun ketika kerajaan PH mengambil alih pentadbiran negara pada tahun 2018.

Kerajaan PH hanya mampu bertahan selama 22 bulan, selepas Tun M melatak jawatan sebagai Perdana Menteri ditambah dengan Presiden Bersatu membawa Bersatu keluar dari PH. Turut mengambil langkah yang sama juga adalah bekas timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan penyokongnya juga.

Dalam pada itu, PKR memberitahu bahawa parti itu terus komited untuk berada bersama dalam gabungan PH.

“PKR komited untuk terus mengukuhkan PH, dan akan meneruskan usaha menggembleng tenaga dari semua pihak yang sefahaman untuk mengembalikan mandat rakyat ke tempatnya dalam masa terdekat.

“Pada masa yang sama PKR akan terus menumpukan tenaga dan bersiap siaga menghadapi pilihan raya umum mengejut yang mungkin dipanggil pada bila-bila masa,” kata kenyataan itu lagi.

Baca – Dua Adun Sabah Keluar Parti Dan Nyatakan Sokongan Kepada PN

Sumber: Malaysia Kini

Apabila PKR tolak Tun M sebagai calon PM selepas ini, apakah hala tuju Tun M bersama pengikut-pengikutnya? Sama-sama kita tunggu dan lihat episod seterusnya.


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!