Polis Panggil Abang Loqlaq Yang Tular Video Pertikai Perintah Kawalan Pergerakan

polis panggil abang loqlaq

Polis panggil abang loqlaq. Bro! Polis panggil mu. Mu jangan lari pulak.

POLIS memohon orang ramai yang tahu tentang maklumat berkaitan video yang tular di mana seorang lelaki mempertikai Perintah Kawalan Pergerakan memberikan maklumat kepada pihak berkuasa di Kedah.

Polis Panggil Abang Loqlaq

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin, berkata berdasarkan siasatan awal, polis percaya video itu dirakam di satu kawasan sekitar Langgar di Alor Setar.

Abang 'buat loqlaq', sila tampil
Wanita dan kanak-kanak juga turut kelihatan di situ.

Berikutan itu polis meminta lelaki yang membuat rakaman video terbabit tampil ke balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar bagi membantu siasatan seperti mana yang dilaporkan oleh Harian Metro.

“Jangan main-main, Perintah Kawalan Pergerakan ini dilakukan untuk menangani penularan jangkitan wabak Covid-19 dan bukannya arahan sesuka hati.


“Kita minta orang ramai yang mengenali individu dalam video atau lelaki itu sendiri tampil secepat mungkin untuk membantu siasatan,” katanya pada sidang media di IPD Kota Setar, Alor Setar, hari ini.

Katanya, Polis akan bertindak sekiranya lelaki itu tidak tampil bagi membantu siasatan.

Video yang berdurasi 57 saat menunjukkan lelaki itu sedang merakam suasana di sebuah rumah yang didatangi orang ramai dikalangan lelaki dan wanita sambil menikmati hidangan yang dikatakan kambing.

Sambil mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya, lelaki itu mempersoalkan isu kuarantin di rumah seperti yang disarankan kerajaan sejak perintah itu berkuat kuasa mulai Rabu lalu hingga 31 Mac ini.

Kepada yang lain-lain, jangan cuba main-main! Buktinya polis panggil abang loqlaq. Kalau nak main pun sendiri-sendiri jangan sampai viral diri sendiri yang susah.

Min juga berpesan kepada semua, patuhilah arahan kerajaan. Mudah saja bukan? Jika perlu ke kedai pun, jangan bawa seluruh keluarga. Anak Bapak

Baca Juga – Tentera Akan Digerakkan Jika Rakyat Masih Tidak Mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan?


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya memang anak bapak dan ibu. Seorang lelaki biasa namun ada perlindungan insurans, takaful dan medical card. Saya suka melancong (travel) terutama ke Korea, Jepun, Eropah dan Australia. Gemar menaiki pesawat tambang murah seperti Air Asia, Malindo, Fire Fly dan Scoot. Berhasrat mahu ke Amerika Syarikat. Makanan kegemaran KFC, Western Food, McDonalds, Masakan India dan Thailand. Kereta Honda tetapi mahu membeli Ferrari atau Lamborghini tetapi tidak mampu. Telefon hanya guna Samsung dan vivo. Dulu pernah guna oppo. Huawei tidak pernah cuba. Suka juga layari laman niaga Ali Baba, e-bay dan Amazon. Berhasrat mahu memiliki banglo mewah kalau ada duit. Orang kata nak banyak duit main forex atau bitcoin tapi saya tidak berani. Itulah serba ringkas tentang saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!