Kenapa Polis Tidak Memakai Tali Pinggang Keledar?

Kenapa polis tidak memakai tali pinggang keledar?

Anda semua tentu pernah tengok anggota polis tidak memakai talipinggang keledar ketika menaiki kereta polis semasa bertugas. Sudah tentu ada yang tertanya-tanya kenapa polis tidak memakai tali pinggang keledar eh? Bukan kata polis, kadang-kadang anggota JPJ juga. Walau bukan semua tapi sering kita nampak termasuk Min sendiri.

Setiap kali kita berhenti di persimpangan lampu isyarat, mesti mata kita akan menjeling ke arah mereka. Dalam hati terus berkata-kata. Kenapa polis tidak memakai tali pinggang keledar? Kalau kita yang tidak pakai tahu pula mereka mengeluarkan saman.

Admin ingin kongsikan posting yang dibuat oleh Friends of PDRM melalui facebook mereka berkaitan dengan isu kenapa polis tidak memakai tali pinggang keledar? Kononnya orang ramai hanya tahu bercakap tanpa mengetahui fakta sebenar sebab apa polis dalam kereta peronda tidak memakai tali pinggang keledar. Sudah semestinya orang awam akan berkata-kata. Disuruh orang awam memakai, tetapi polis pula tidak memakainya.

Saman Polis Trafik
Gambar Hiasan

KENAPA POLIS TIDAK MEMAKAI TALI PINGGANG KELEDAR?

Mari kita lihat fakta yang berkaitan pemakaian tali pinggang keledar sepertimana yang dikongsikan oleh Friends of PDRM:

Jawapan:


Sebab-sebabnya adalah kerana peraturan yang sedia ada iaitu Kaedah-Kaedah Kereta Motor (Tali Pinggang Keledar) 1977 [ P.U. (A) 327 ] mewajibkan semua pemandu serta penumpang-penumpang kenderaan bermotor menggunakan tali pinggang keledar berkuat kuasa sejak 1 haribulan Januari 1979.

Walau bagaimanapun pada 1978, Seksyen 7 (a) keselamatan tali pinggang [ P.U. (A) 378 ] iaitu dalam seksyen peraturan kenderaan bermotor telahpun dikuat kuasakan. Peraturan ini memberikan pengecualian (mengecualikan) kepada sesiapa yang berada di dalam kenderaan polis, tentera, bomba dan ambulans daripada pemakaian tali pinggang keledar.

kereta Peronda 1
Photo: Flickr

Pengecualian hanya diberikan kepada anggota atau pegawai polis kereta peronda dan dalam menjalankan tugas kawalan VVIP. Tujuannya adalah untuk memudahkan mereka melakukan pergerakan sekiranya terjadi sesuatu kecemasan.

Cuba anda berfikir anda sendiri bertugas dengan unit kereta peronda tiba-tiba anda telah berhadapan dengan situasi kecemasan yang tidak disangka yang memerlukan tindakan pantas daripada anda.

Sudah anda tidak mampu untuk bertindak pantas dan boleh menjadi penyebab diri anda atau pasukan anda berada dalam situasi bahaya ketika keadaan yang kelam kabut itu. Anda harus fikirkan bahawa PDRM tidak membekalkan setiap anggotanya dengan senjata berat. Mereka hanya dibekalkan pistol yang kedudukannya sentiasa berada dipinggang. Talipinggang keledar juga akan menjadi halangan untuk mendapatkan pistol mereka dengan pantas. Oleh sebab itulah ianya diberikan pengecualian.

Itulah serba sedikit penerangan yang diberikan dan harap-harap kita tak perlu nak pertikaikan lagi ye! Semoga bermanfaat untuk kita semua dan tidak ada lagi prasangka kepada anggota polis yang menaiki kereta peronda atau pengiring VVIP.

hilux polis
Photo: Mekanika

SOALAN TAMBAHAN:

Bagaimana dengan anggota dan pegawai polis yang menaiki kereta pegawai penyiasat, van atau kenderaan pacuan 4 roda semasa tugas-tugas biasa? Mungkin pihak berkenaan boleh menjawabnya kerana mereka menjadi tumpuan orang awam terutama jika tidak memakai tali pinggang keledar. Atau mungkin juga termasuk dalam klausa tersebut? Hanya mereka yang tahu.

Baca Juga – Cara Scammer Menipu

Sumber: Friends of PDRM


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!