Qatar Airways Akan Ke Langkawi Mulai Okt Ini

Qatar Airways akan terbang ke Langkawi

LANGKAWI bakal menerima satu lagi laluan penerbangan antarabangsa mulai 15 Oktober ini apabila Qatar Airways bakal memulakan penerbangannya dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad, Doha ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Kedah.

Hal ini dinyatakan oleh Pengurus Negara Malaysia dan Brunei Qatar Airways, Datuk Muzammil Mohamad berkata bahawa terdapat empat penerbangan seminggu akan dilakukan mulai tarikh tersebut. Penerbangan akan dilakukan pada hari Selasa, Khamis, Sabtu dan Ahad.

Beliau menambah, mulai 27 Oktober pula, satu penerbangan lagi akan ditambah iaitu pada hari Jumaat menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak lima penerbangan seminggu dari Doha ke Langkawi.

qatar airways ke langkawi
Qatar Airways akan mengadakan penerbangan teus seminggu ke Langkawi

Pesawat yang akan digunakan oleh Qatar Airways ialah Boeing 787 Dreamliner yang boleh membawa lebih 250 penumpang. Penerbangan akan dilakukan terus dari Doha ke Pulau Langkawi melalui Pulau Pinang.

“Pesawat ini akan berlepas dari Doha pada pukul 2 pagi waktu tempatan dan akan tiba di Langkawi 5.05 petang, pesawat itu akan berlepas pulang dari Langkawi pada pukul 7 malam,” kata Muzammil dalam satu akhbar di Langkawi.


Beliau menjelaskan lagi bahawa promosi mengenai laluan terbaru itu sudah giat dijalankan sejak April lalu dan ia menunjukkan ada sambutan yang sangat memberangsangkan.

Difahamkan jualan telah bermula sejak April lepas mendapati permintaan dan tempahan penerbangan ke Langkawi amat memberangsangkan. Lebih menarik juga dilihat permintaan juga datang dari negara-negara yang berkemungkinan besar tidak pernah datang ke Langkawi.

Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad, Doha
Lapangan Terbang Hamad akan menjadi hub pelancung luar ke Langkawi

Qatar Airways beroperasi dan menjelajah ke lebih 160 destinasi di seluruh dunia. Apabila Langkawi sudah berada dalam laluan penerbangan syarikat ini, lebih ramai pelancong dari pelbagai negara boleh nampak seterusnya datang ke Langkawi.

“Perjalanan juga lebih mudah, pelancong tidak perlu lagi ke Kuala Lumpur dan tidak perlu tukar pesawat sebaliknya hanya sekali tukar di Doha dan terus terbang ke Lang­kawi,” katanya lagi.

Berbalik kepada sesi taklimat bersama dengan 60 penggiat sektor pelancongan Langkawi, Muzammil berkata, pihaknya menerima maklum balas yang sangat baik.

“Qatar Airways berharap dapat membawa lebih ramai pelancong dari luar negara ke Langkawi kerana kita terbang ke lebih 160 destinasi seluruh dunia,” katanya.

Baca Juga – Syarikat Penerbangan Paling Selamat Di Dunia

Sumber: Kosmo


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!