KKM Sahkan Rakyat Malaysia Pertama Positif Koronavirus

Rakyat Malaysia Pertama Positif Koronavirus

KKM Sahkan Rakyat Malaysia Pertama Positif Koronavirus. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sahkan kes pertama positif koronavirus di Malaysia apabila seorang lelaki menjadi rakyat Malaysia pertama disahkan positif semalam.

Rakyat Malaysia Pertama Positif Koronavirus

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, selain lelaki warga Selangor berusia 41 tahun itu, satu lagi kes terbaru positif virus berkenaan adalah lelaki warga emas berusia 63 tahun dari Wuhan, China.

Menurut Sinar Harian, Dr Zulkefly dilaporkan berkata, rakyat Malaysia yang dijangkiti koronavirus itu mempunyai sejarah perjalanan ke Singapura pada 16 hingga 23 Januari lalu. Beliau mula mendapat gejala pada 29 Januari dan dirawat ke sebuah hospital swasta.

Difahamkan mangsa telah menghadiri satu mesyuarat yang turut dihadiri beberapa delegasi antarabangsa termasuk dari China.

Beliau menambah, mangsa mengalami batuk dan demam selepas pulang ke Malaysia. Dia kemudiannya dirujuk ke Hospital Sungai Buloh pada 2 Februari lalu. Hasil ujian yang dilakukan, semalam beliau telah disahkan positif koronavirus.


Diberitakan mangsa kini dalam keadaan stabil. KKM juga sedang bekerjasama dengan pihak kesihatan negara jiran untuk mengenal pasti contact tracing.

“Keluarga terdekat mangsa juga dalam pemantauan dan kita juga lakukan contact tracing,” katanya dalam sidang media khas perkembangan terkini koronavirus di sini hari ini.

Fakta Jangkitan Koronavirus
KEMASKINI: Jam 9:00 Pagi, 4 Feb 2020. Sumber-KKM

Semalam sehingga jam 12pm, Malaysia mencatatkan 105 kes disyaki dengan 91 negatif dan 14 pending.

Baca Juga – Filipina Catat Kematian Luar China Yang Pertama Akibat Koronavirus

Semoga tiada rakyat Malaysia yang mula pulang ke Malaysia dari Wuhan positif koronavirus.


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya memang anak bapak dan ibu. Seorang lelaki biasa namun ada perlindungan insurans, takaful dan medical card. Saya suka melancong (travel) terutama ke Korea, Jepun, Eropah dan Australia. Gemar menaiki pesawat tambang murah seperti Air Asia, Malindo, Fire Fly dan Scoot. Berhasrat mahu ke Amerika Syarikat. Makanan kegemaran KFC, Western Food, McDonalds, Masakan India dan Thailand. Kereta Honda tetapi mahu membeli Ferrari atau Lamborghini tetapi tidak mampu. Telefon hanya guna Samsung dan vivo. Dulu pernah guna oppo. Huawei tidak pernah cuba. Suka juga layari laman niaga Ali Baba, e-bay dan Amazon. Berhasrat mahu memiliki banglo mewah kalau ada duit. Orang kata nak banyak duit main forex atau bitcoin tapi saya tidak berani. Itulah serba ringkas tentang saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!