Kerana Suara Ajaibnya, Gelandangan Ranu Mondal Dihadiahkan Rumah Bernilai RM3 Juta Oleh Salman Khan

Ranu Mondal

Rezeki seseorang adalah rahsia pencipta. Kadang-kadang ia datang tanpa disangka-sangka. Begitu yang terjadi kepada seorang wanita di India yang menjadi tular kerana suaranya yang merdu. Kerana Suara Ajaibnya, Wanita Ini dihadiahkan rumah bernilai RM3 juta oleh Salman Khan.

Kemerduan suaranya buat ramai yang kagum termasuklah seorang komposer Bollywood, penerbit dan pelakon terkenal, Himesh Reshammiya. Kekagumannya mendorong beliau menjemput wanita berkenaan untuk merakamkan lagu.

Ranu Mondal Miliki Suara Emas

Ranu Mondal berjaya menarik perhatian media sosial di India. Ranu seolah-olah memberi inspirasi kerana video yang menunjukkan beliau menyanyikan lagu yang dinyanyikan oleh Lata Mangeshkar, Ek Pyaar Ka Naagma di stesen Ranaghat di Bengal Barat telah menjadi tular.

VIDEO YANG VIRAL SEHINGGA TERKENAL

Himesh telah berkongsi rakaman video saat sesi rakaman bersama Ranu. Dalam video itu, Ranu Mondal menyanyikan lagu ‘Teri Meri Kahani’ disamping Himesh memberi arahan kepada wanita itu.


Salman Khan Hadiahkan Sebuah Rumah Kepada Ranu

Sementara itu My Nation melaporkan bahawa pelakon terkenal Bollywood iaitu Salman Khan telah menghadiahkan Ranu sebuah rumah bernilai Rs 55 Lakh atau sekitar RM 3 Juta.

Nampaknya Salman Khan juga kagum dengan kemerduan suara Ranu walaupun bekas kekasih Katrina Kaif ini belum mengesahkan tentang berita itu.

Dikatakan Salman Khan juga merancang untuk merakam lagu dengan Ranu untuk filem Dabangg 3. Kalau sampai tahap ni memang merdu sungguh kot suara Ranu tu. Sebenarnya dah ada pun lagu yang dirakam bersama dengan Salman Khan.

RAKAMAN BERSAMA SALMAN KHAN

Nama Ranu Mondal mula menjadi terkenal di India selepas seorang lelaki bernama Atindra Chakraborty mendengar Ranu menyanyikan lagu Ek Pyaar Ka Nagma Hai, yang dipopularkan oleh Lata Mangeshkar, di Ranaghat Station, India.

Atindra kemudian merakam Ranu yang sedang menyanyi dengan menggunakan telefon bimbitnya. Dia kemudian menyebarkan video itu ke Facebook dan beberapa jam kemudian ia menjadi tular.

Baca: Borong Basikal oBike Sekitar KL dan Singapura Demi Kanak-Kanak Miskin


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!