Reaksi Peminat Cilik Malaysia Selepas Sumareh Menjaringkan Gol Kemenangan Ke Atas Indonesia

reaksi peminat cilik

Malam jumaat yang cukup manis buat seluruh penyokong bolasepak Malaysia. Ini kerana Pasukan Kebangsaan berjaya mengukir kemenangan berharga dan ianya hadir di minit-minit terakhir perlawanan.

Kemenangan tersebut sangat bermakna kerana Harimau Malaya terpaksa berdepan bukan sahaja pemain Indonesia bahkan puluhan ribu penyokong fanatik mereka. Kemenangan ke atas seteru kuat pastinya tidak akan mudah dilupakan oleh penyokong Malaysia.

Jaringan Mohamadou Sumareh pada minit ke-97 membuatkan seluruh negara bersorak gembira dan pelbagai reaksi dapat dilihat terutamanya di media sosial ketika Sumareh menolak masuk bola itu menewaskan penjaga gol Indonesia, Andritany Ardhiyasa.

Jaringan Sumareh juga turut menjadikan Gelora Bung Karno senyap seketika dan pemain-pemain Indonesia sendiri seolah-olah tidak percaya dengan apa yang mereka sedang hadapi.

Namun dalam pada itu, jaringan Sumareh juga menyebabkan para penyokong menjadi emosi. Paling comel sekali menurut foxsports adalah reaksi seorang penyokong cilik yang nampak begitu gembira dengan kemenangan Harimau Malaya di Gelora Bung Karno.


Seorang pengguna Twitter dengan nama @jeprijalohsem telah memuatnaik video di mana kelihatan seorang kanak-kanak melonjak kegembiraan dan menjerit nama Mohamadou Sumareh selepas pemain itu menjaringkan gol kemenangan. Peminat cilik itu begitu teruja sehingga nampak seolah-olah dia menangis kegembiraan.


Ini merupakan satu perkara yang cukup positif kerana anak kecil juga mempunyai semangat menyokong pasukan Malaysia dan mengenali pemain-pemain Harimau Malaya.

Keseluruhan perlawanan malam tadi berpihak kepada Harimau Malaya. Hampir seluruh perlawanan dikuasai oleh anak buah Tan Cheng Hoe. Syabas kepada pemain Harimau Malaya dan TCH sendiri.

Jadi, bagaimana pula reaksi anda terhadap jaringan Sumareh berbanding dengan peminat cilik tadi? Min sendiri emosional dengan kemenangan tersebut terutamanya semasa bola menerjah jaring.



You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya memang anak bapak dan ibu. Seorang lelaki biasa namun ada perlindungan insurans, takaful dan medical card. Saya suka melancong (travel) terutama ke Korea, Jepun, Eropah dan Australia. Gemar menaiki pesawat tambang murah seperti Air Asia, Malindo, Fire Fly dan Scoot. Berhasrat mahu ke Amerika Syarikat. Makanan kegemaran KFC, Western Food, McDonalds, Masakan India dan Thailand. Kereta Honda tetapi mahu membeli Ferrari atau Lamborghini tetapi tidak mampu. Telefon hanya guna Samsung dan vivo. Dulu pernah guna oppo. Huawei tidak pernah cuba. Suka juga layari laman niaga Ali Baba, e-bay dan Amazon. Berhasrat mahu memiliki banglo mewah kalau ada duit. Orang kata nak banyak duit main forex atau bitcoin tapi saya tidak berani. Itulah serba ringkas tentang saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!