Remaja Pandu Lawan Arus Dipenjara 5 Tahun dan Denda RM18,000

Remaja Pandu Lawan Arus

BUKIT MERTAJAM, 22 Jun – Seorang remaja perempuan didenda RM18,000 dan dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Majistret di sini selepas didapati bersalah memandu secara melulu dan melawan arus sehingga menyebabkan kematian seorang lelaki, tiga tahun lepas.

Remaja Dipenjara dan Didenda

Hukuman itu dijatuhkan oleh Majistret Sri Pracha Nanthini Balabedha ke atas Ng Pei Ven, 22, selepas diakhir kes pembelaan, mahkamah mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Remaja itu juga turut diperintahkan oleh Mahkamah dihukum penjara 24 bulan sekiranya gagal membayar denda yang dikenakan serta lesen memandu percubaannya dibatalkan. Tertuduh juga akan turut hilang kelayakan selama 5 tahun untuk memohon lesen kenderaan bermula dari tarikh sabitan.

Mohamad Fandi Rosli
Allahyarham menjadi mangsa atas kecuaian remaja berkenaan

Walau bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan tertuduh untuk penangguhan pelaksanaan hukuman sementara rayuan terhadap keputusan itu didengar di Mahkamah Tinggi dan menaikkan jaminan RM5,000 lagi menjadi RM12,000 daripada RM7,000 sebelum ini.

Tertuduh yang berada dalam kandang tertuduh dilihat menangis dan beberapa kali mengesat air mata Sebaik hukuman dijatuhkan.


Pada 24 Mac 2017, Ng membuat pengakuan tidak bersalah atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian Mohamad Fandi Rosli, 26, di Lebuhraya Utara Selatan, arah utara pada 7.50 pagi, 14 Mac 2017.

Dia itu didakwa mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda sehingga RM20,000.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Amril Johari manakala Ng diwakili peguam Lim Boon Beng – Bernama


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!