Resepi Ayam Woku – Masakan Istimewa Sulawesi

Resepi Ayam Woku

Woku adalah bahan-bahan makanan untuk masakan Ala Manado, iaitu sebuah wilayah di Utara Sulawesi, Indonesia. Bahan-bahan rempah ini sesuai untuk dimasak bersama makanan laut, ayam, itik dan lain-lain. Ianya juga sesuai untuk dibuat rempah untuk pais atau dibakar.

Mari kita cuba resepi ini kerana cubaan pertama kami tidak mengecewakan. Ikuti langkah mudah di bawah.

RESEPI AYAM WOKU

Bahan-Bahan A:

    • 1/2 kg ayam kampung – dipotong
    • 1 ikat daun kemangi
    • 200 ml air
    • Sebiji lemon bersaiz kecil
ayam woku resep
Ayam sesuai untuk dibuat woku

Bahan-Bahan B


  • 2 batang serai – diketuk
  • 1 helai daun pandan – disimpul
  • 5 helai daun limau – dicarik-carik
  • 3 helai daun salam
  • 5 biji cili padi
  • 2 cm lengkuas – diketuk

Bahan-Bahan C – Dikisar

  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji cili merah
  • 2 2 biji cili padi
  • 3 biji buah keras – disangai dahulu
  • 2 cm halia
  • 3 cm kunyit hidup

CARA MEMASAK

ayam woku
Ayam woku yang disajikan agak berkuah

1. Panaskan minyak di kuali. Masukkan Bahan C dan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan semua Bahan B dan kacau hingga matang.
3. Masukkan ayam dan kacau rata. Masukkan air dan kacau.
4. Masak sehingga ayam masak lebih kurang 15 ke 20 minit.
5. Perasakan dengan garam dan perasan air lemon. Masukkan daun kemangi, kacau hingga rata dalam seminit kemudian tutup api.
6. Anda boleh masak sehingga agak kering atau sedikit berkuah. Terpulang kepada selera anda.
7. Siap untuk dihidangkan.

resep ayam woku kemangi
Ayam woku yang disajikan kering

Selamat mencuba. Sila share jika anda benar-benar suka dengan masakan ini.

Sumber: facebook


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!