Mula-mula tengok, ingatkan ini cucur sayur sebab fizikalnya hampir sama. Lagipun bahan yang digunakan pun majotirinya sayur. Namun namanya sangat unik dan memang Min tak pernah dengar.
Buat puan-puan yang dah pening nak buat apa untuk sarapan pagi atau untuk minuman petang seisi keluarga, apa kata anda mencuba resepi Bakwan ini. Bukan Kak Wan tau tapi Bakwan.
Selain mudah disediakan, bahan-bahan untuk membuatnya juga sangat ringkas. Resepi ini dikongsikan oleh Keluarga menerusi perkongsian oleh puan Siti Khajar di Masak Apa Hari Ni.(MAHN).
Jangan buat masa Jom mencuba. Nak cuba mestilah baca dulu ye!
RESEPI BAKWAN RANGUP
Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum*
1 sudu tepung beras*
4 sudu tepung bestari pedas*(optional)
1/2 cawan udang geragau kering*
1 biji telur*(optional)
Sedikit garam*
Sedikit serbuk kunyit*
1 1/2 cawan lobak merak sagat**
1 1/2 cawan tauge**
1 1/2 cawan hirisan kobis**
5 tangkai daun kucai**
1 labu bawang besar hiris kasar**
Cara Membuat
Sebenarnya jika banyak sayur lagi sedap bakwan ini.
Bahan bertanda * hendaklah dibancuh dengan air ais. Bancuhannya jangan terlalu pekat dann jangan terlalu cair.
Masukkan bahan bertanda**. Gaul rata. Goreng menggunakan minyak yang banyak.
Cara menggoreng boleh rujuk di gambar yang disediakan.
Tips: Kalau nak bakwan ni rangup, goreng nipis-nipis. Memang sedap dimakan dengan sos bawang putih atau sos cili thai.
Selamat Mencuba dan kongsikan!
Resepi Lain – Resepi Cekodok Lembut,Sedap dan Mudah Dibuat