Resepi Cekodok Lembut, Sedap dan Mudah Dibuat. Cubalah!

cekodok

Cekodok, cokodok, cucur kodok dan choqkodok adalah kuih yang sama yang sinonim dengan masyarakat kita. Untuk menyediakan kuih popular ini anda tidak perlu menggunakan banyak bahan. Paling asas adalah tepung gandum, garam dan air sahaja sepertimana yang kita selalu tengok nenek atau ibu kita menyediakan sarapan pagi atau minum petang.

Namun baru kita sedar bahawa ada di kalangan kita tidak tahu untuk membuatnya. Masa bila sedar, selepas ketiadaan orang tua. Masa itu terpaksa cuba membuatnya sendiri dan baru tahu susah juga nak buat cokodok. Hasilnya pun kadang-kadang tak menjadi dan keras.

CEKODOK

resepi cekodok
Cucur Kodok yang siap

Menerusi satu perkongsian oleh SuiSan Aliezsha menerusi Ibu Resepi, anda boleh jadikan sebagai panduan untuk membuat cekodok.

Bahan-Bahan

4 senduk tepung gandum (SuiSan Aliezsha guna cap rose)
Yis 1 peket (brand kijang)
2 Senduk gula pasir
Air


Cara Membuat

Satukan tepung gandum, gula dan yis kemudian gaul hingga sebati. Masukkn air sedikit demi sedikit. Jangan bancuh terlalu cair. Biarkan adunan itu kenyal-kenyal.

resepi cokodok
Adunan untuk membuat cokodok

Kemudian perapkan adunan selama 25 ke 30 minit. Bila dah nampak naik berbuih-buih (lihat gambar) kacau-kacau sedikit dan boleh mula goreng.

Semasa mahu menggoreng, pastikan minyak agak banyak dan betul-betul panas. Apabila minyak sudah panas, perlahankan api. Masukkan adunan tadi samada mengunakan tangan atau sudu.

Apabila nampak cekodok telah menjadi keperangan, angkat dan toskan minyak. Masak hingga selesai. Apabila siap bolehlah dihidangkan. Sedap dicicah dengan sambal bilis, kari dan cili sos.

cara buat cekodok
Jika bancuhan menjadi, cekodok juga terhasil dengan cantik

Resepi ini adalah hasil dari tunjuk ajar dari arwah ibunda SuiSan Aliezsha kerana ibunya sering sajikan cekodok ini untuk anak-anaknya di waktu petang.

cara masak cokodok
Telsturnya yang lembut membuatkan air liur meleleh

Baca – Murtabak Mini Kulit Popiah

Selamat mencuba. Apa komen anda semua. Min nampak gambar dah sedap. Jangan lupa Like dan Share.


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!