Ikan celup tepung memang sedap dimakan dan dicicah dengan sos cili. Kalau tidak suka sos, anda boleh makan ikan celup tepung tanpa perlu dicicah.
Seeloknya dia imakan semasa masih panas. Di negeri-negeri sebelah pantai timur seperti Pahang, Terengganu dan Kelantan, ia juga di makan dengan nasi kerabu. Resepinya boleh diperolehi dengan mudah di laman web dalam berbagai cara ianya diolah.
Untuk menikmati ikan celup tepung, sila cuba resepi di bawah:
RESEPI IKAN CELUP TEPUNG
Bahan-bahan:
Beberapa ekor ikan kembung / Selar / Sardin
1 Paket tepung beras
2 biji telur ayam
3 sudu serbuk kunyit
3 sudu makan air kapur
Garam secukup rasa
Air ais – Agak-agak supaya bancuhan tepung tidak terlalu pekar dan tidak terlalu cair.
Cara-cara:
1. Ambil tepung beras, kunyit serbuk dan garam dicampurkan di dalam satu bekas. Kemudian gaul hingga semua bahan tersebut sebati.
2. Masukkan ais mengikut kepekatan yang sesuai.
3. Masukkan air kapur dan telur, kemudian gaul hingga sebati.
4. Sediakan kuali memasak dan masukkan minyak yang agak banyak supaya kesemua ikan tenggelam.
5. Apabila minyak telah panas, celup ikan dalam bancuhan tepung dan masukkan ke dalam kuali.
6. Masak dengan keadaan api yang sederhana.
Tips: Jika anda mahukan ikan celup tepung anda berkerak dan menarik, sila pastikan minyak betul-betul telah panas sebelum memasukkan ikan.
Resepi Lain – Udang Goreng Butter
Semoga ianya membantu anda dalam pencarian resepi selama ini. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.
Kredit Resepi – Ummi Hana via facebook
1 Comment