Resepi Kuih Dangai

Resepi Kuih Dangai

Dunia semakin maju, pelbagai makanan baru muncul di negara kita walaupun pada mulanya ianya dilihat agak pelik. Namun setelah dicuba, ianya ada yang menepati citarasa masyarakat kita. Namun tidak semua yang menyukainya kerana mungkin rasanya yang berbeza.

Bagi golongan muda macam Anak Bapak ni, biasanya tidak banyak soal, nampak sedap terus beli dan makan. Namun tidak semua makanan luar yang baru kita cuba makan itu sedap seiring dengan rupa bentuknya. Adakala kuih tradisi kita yang buruk rupanya itu lebih sedap di makan.

Setakat ini Anak Bapak masih lagi suka dengan kuih-kuih tradisional walaupun tidak semua dikenali. Kali ini anak bapak mahu kongsikan satu resepi kuih tradisional yang telah dikongsikan oleh Akhmal Mustafa. Kuih ini nampak tidak cantik tetapi apabila di makan, memang sangat sedap.

Untuk menyediakan kuih ini sangat simple dan namanya juga sangat simple serta mudah disebut iaitu DANGAI. Bagaimana nak sediakan kuih dangai? ikuti entri di bawah.

BAHAN-BAHAN


resepi dangai
Bahan-bahan untuk membuat kuih dangai

Bahan-bahan untuk membuat kuih dangai sangat simple. Hanya memerlukan empat bahan sahaja seperti berikut:

1. 2 biji kelapa bersaiz sederhana – diparut
2. 2 senduk gula pasir (gunakan senduk nasi sahaja)
3. 1 sudu teh garam
4. 1 cawan tepung pulut.

CARA MEMBUAT

dangai
Kuih Dangai

1. campurkan semua bahan di atas dan gaul sebati. Pastikan adunan tidak berketul.
2. Sapukan sedikit minyak masak ke dalam loyang.
3. Masukkan adunan tadi dan tekan secara lembut agar adunan padat supaya kuih yang masak nanti tidak pecah.
4. Panaskan oven selama 10 minit dan bakar selama 30 minit api atas. Suhu adalah 160C
5. Apabila sudah masak, keluarkan dan potong.
6. Siap untuk dimakan.

Selamat mencuba dan cuba dengan selamat. Share kalau anda suka.


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!