Safiey Ilias Ingin Kembali Ke Fitrah Asalnya Sebagai Lelaki?

Semoga safiey ilias kembali ke fitrah asal

Dengar khabar USAHAWAN kosmetik, Mohd Safiuddin Ilias, 25, atau Safiey Ilias ingin kembali ke fitrah asalnya sebagai lelaki. Alhamdulillah dan ini adalah kehendak Allah jua yang mahukan sesiapa sahaja berubah atas hidayahnya.

Menurut Sinar harian, Safiey selamat menjalani pembedahan membuang implan silikon di bahagian dada di Hospital Kuala Lumpur (HKL), semalam. Ini adalah kali yang kedua beliau melakukan pembedahan sama. Kali pertama beliau berbuat demikian adalah pada bulan April tiga tahun lalu.

Menerusi Instagram (IG) dan Facebook rasminya Safiey mengesahkan telah melakukan pembedahan itu demi ibu bapanya. Baguslah Safiey kalau anda berbuat demikian demi mereka.

Foto – Instagram Safiey Ilias via Sinar Harian

“Alhamdulillah. Maaf mungkin jarang ‘update’, baru selesai buang implan silikon. Ayah suruh dan saya turuti.

“Sebab saya fikir esok mati macam mana. Saya buat demi reda ALLAH (SWT) dan mak ayah.


“Kawan ada halang tapi nanti di akhirat saya yang kena jawab, bukan kawan saya,” kongsinya di IG miliknya.

Safiey juga turut berkongsi gambar bersama ibunya dalam posting yang berlainan.

“Mak cakap anak lelaki mak sudah kembali. Malam tadi mak tak makan sebab risau pembedahan. Apit sayang mak. Maaf muka tahan sakit,” tulisnya lagi.

Sejak akhir-akhir ini juga, usahawan itu banyak berkongsi tentang dirinya dengan penampilan lelaki. Mungkin tindak sedemikian adalah sebagai petanda awal perubahan yang ingin beliau lakukan.

Safiey pernah melakukan pembedahan sama untuk kembali kepada fitrah sebagai lelaki pada April 2016, namun beberapa lama selepas itu beliau membuat kejutan apabila mengambil keputusan untuk menampilkan diri sebagai ‘wanita’ semula dengan memuat naik gambar berpakaian wanita menerusi laman IG.

Apapun harapan kita agar beliau kembali kepada fitrah asal.

Apa komen anda? Jangan lupa LIKE dan SHARE ye – Anak Bapak

Baca Juga – Bahaya Pasang Lampu Ketika Tidur



You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya memang anak bapak dan ibu. Seorang lelaki biasa namun ada perlindungan insurans, takaful dan medical card. Saya suka melancong (travel) terutama ke Korea, Jepun, Eropah dan Australia. Gemar menaiki pesawat tambang murah seperti Air Asia, Malindo, Fire Fly dan Scoot. Berhasrat mahu ke Amerika Syarikat. Makanan kegemaran KFC, Western Food, McDonalds, Masakan India dan Thailand. Kereta Honda tetapi mahu membeli Ferrari atau Lamborghini tetapi tidak mampu. Telefon hanya guna Samsung dan vivo. Dulu pernah guna oppo. Huawei tidak pernah cuba. Suka juga layari laman niaga Ali Baba, e-bay dan Amazon. Berhasrat mahu memiliki banglo mewah kalau ada duit. Orang kata nak banyak duit main forex atau bitcoin tapi saya tidak berani. Itulah serba ringkas tentang saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!