Sah dan Rasmi Daripada FIFA

sah dan rasmi

Sah dan Rasmi – Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) telah mengesahkan perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 / Piala Asia 2023 diantara Emiriah Arab Bersatu (UAE) bertemu Malaysia akan dilangsungkan pada 8 Oktober 2020 di Stadium Al Maktoum, Dubai.

Sah dan Rasmi Daripada FIFA

Pertemuan itu sepatutnya berlangsung pada bulan Mac lalu namun terpaksa ditangguhkan susulan penularan C0VD-19. Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) turut memberi lampu hijau untuk meneruskan baki perlawanan pada bulan Oktober dan November setelah mengambil kira pandangan daripada wakil pasukan yang bertanding.

Berdasarkan jadual yang dikeluarkan oleh FIFA, pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2022 dijangka akan berlangsung pada bulan Mac 2021.

Namun, AFC akan terus memantau situasi semasa bagi memastikan tiada sekatan perjalanan dan akan memaklumkan kepada semua pihak sekiranya ada keperluan mengubah semula jadual permainan kerana peningkatan kes C0VID-19.

Setelah mengharungi 5 perlawanan, kini Malaysia berada di tempat kedua setelah mengumpul 9 mata. Malaysia masih berpeluang untuk mendapatkan tiket automatik ke Piala Asia 2023 serta pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2022.


Manakala UAE berada di kedudukan keempat dengan 6 mata dan berpeluang untuk mendapatkan slot ke Piala Asia 2023 jika mereka mampu mencatat kemenangan dalam baki 4 perlawanan yang akan datang.

Namun demikian, persiapan pasukan UAE sedikit terbantut apabila Persatuan Bola Sepak Emiriah Arab Bersatu (UAE FA) telah menamatkan khidmat Ketua jurulatih, Ivan Jovanovic pada bulan April lalu walaupun baru sahaja dilantik pada bulan disember 2019.

Beberapa nama besar kini dikaitkan sebagai pengganti Jovanovic untuk mengemudi UAE nataranya adalah bekas ketua jurulatih skuad bawah 21 Sepanyol, Luis de la Fuente serta bekas ketua jurulatih Arab Saudi, Juan Antonio Pizzi. Mereka dijangka buat penampilan pertama dalam pertemuan dengan Malaysia.

Posted in: Sukan


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!