Sahabat Non Muslim Tanya Kenapa Azan Dilaungkan Kuat Dan Guna Pembesar Suara Pula?

Azan

Sahabat non muslim tanya kenapa azan dilaungkan kuat dan guna pembesar suara pula. Apakah tidak mengganggu yang lain termasuk orang bukan islam?

Saya yang bukan ahli agama ini kemudian berpikir sejenak untuk mencari jawapan yang mudah dicerna untuk menjawab soalan sebegini.

“Kawan, azan itu adalah panggilan untuk menunaikan solat. Namanya panggilan tidak mungkin dengan cara seperti berbicara atau berbisik-bisik”

azan dilaungkan
Manusia memang sering diberikan peringatan dalam sesuatu hal terutama yang melibatkan ibadah

Kawan saya membalas: “Tapi kan orang-orang di sekitar bukan semuanya muslim?”

Saya jawab lagi: “Benar. Kawan, sebagai contoh jika kita sekarang sedang berada di lapangan terbang, adakah kita akan dengar pengumuman atau panggilan untuk boarding?”


Apakah kamu juga tidak bertanyakan kepada mereka mengapa membuat panggilan boarding untuk pesawatpesawat lain dengan kuat padahal bukan panggilan untuk pesawatnya?”

Dia tersenyum namun membalas lagi: “Tapi bukankah semua orang sudah tahu dengan kemudahan dan teknologi moden dapat memberitahu mengenai waktu dan solat apa yang harus ditunaikan tanpa harus melaungkan azan?”

Saya kemudian menjawab: “Ya, setiap penumpang juga sudah tahu jadual penerbangannya sejak membuat tempahan tiket lagi, memegang tiket dan kemudian check-in, sudah tercetak jadual berlepas di boarding pass, sudah masuk ruang tunggu, tapi pihak penerbangan masih membuat panggilan boarding bukan?

Dan ada satu perkara lagi mengapa azan harus dikumandangkan, itu bukan hanya sebagai penanda sudah masuk waktu solat tapi benar-benar panggilan solat, kerana kami harus menyegerakan solat.

“Sama juga seperti semua penumpang harus segera memasuki pesawat setelah panggilan boarding, walaupun masih ada waktu untuk naik pesawat sampai pintu pesawat dtutup”

Kali ini senyumnya bertambah lebar, lalu dia segera memeluk saya sambil menepuk-nepuk bahu saya dan berkata “Superb.. I got it bro”.

Masih banyak orang tidak rela ketinggalan pesawat jika dibandingkan dengan ketinggalan solat. Bahkan lebih rela menunggu pesawat yang belum datang dibandingkan menunggu azan datang.

Ayuh mari kita share agar mereka bukan sahaja dapat memahami kenapa perlunya azan dilaungkan tetapi juga agar terbuka pintu hatinya. Aamiin

Solat adalah jalan kejayaan dunia akhirat.

Baca Juga – Perubahan Warna Alam Sebenarnya Mengikut Waktu Solat

Sumber: facebook



You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya memang anak bapak dan ibu. Seorang lelaki biasa namun ada perlindungan insurans, takaful dan medical card. Saya suka melancong (travel) terutama ke Korea, Jepun, Eropah dan Australia. Gemar menaiki pesawat tambang murah seperti Air Asia, Malindo, Fire Fly dan Scoot. Berhasrat mahu ke Amerika Syarikat. Makanan kegemaran KFC, Western Food, McDonalds, Masakan India dan Thailand. Kereta Honda tetapi mahu membeli Ferrari atau Lamborghini tetapi tidak mampu. Telefon hanya guna Samsung dan vivo. Dulu pernah guna oppo. Huawei tidak pernah cuba. Suka juga layari laman niaga Ali Baba, e-bay dan Amazon. Berhasrat mahu memiliki banglo mewah kalau ada duit. Orang kata nak banyak duit main forex atau bitcoin tapi saya tidak berani. Itulah serba ringkas tentang saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!