Ramai diantara kita yang diserang sakit buah pinggang, tetapi tidak menyedarinya. Kita tidak sedar kerana sebahagian dari tanda-tanda awal penyakit ini kelihatannya seperti gejala penyakit lain.
Jadi bagaimana untuk kita mengetahui samada kita memang ada tanda-tanda atau gejala sakit buah pinggang? Untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut mari kita lihat tanda-tanda awal penyakit ini yang kongsikan oleh Shah Harun di dalam facebooknya seperti di bawah.
9 TANDA-TANDA AWAL ANDA MENGIDAP PENYAKIT BUAH PINGGANG
1. Kekerapan buang air kecil. Sila perhatikan perubahan dalam pembuangan air kecil Periksa pada kekerapan anda membuang air kecil samada anda kerap atau kurang daripadakebiasaan. Perhatikan juga jika terdapatnya darah di dalam air kencing anda.
2. Rasa letih yang berpanjangan. Anda mengalami rasa letih sepanjang masa. Ini kerana kegagalan buah pinggang tidak dapat menghasilkan hormon yang mencukupi untuk tubuh menghasilkan sel darah merah. Penghasilan sel darah merah yang tidak mencukupi boleh menyebabkan anemia dan akibatnya anda akan mengalami keletihan yang melampau.
3. Ruam dan gatal-gatal. Anda akan mengalami ruam dan gatal-gatal. Kegagalan buah pinggang untuk mengeluarkan sisa-sisa buangan dari tubuh anda akan menyebabkan anda mengalami kegatalan yang teruk.
Perhatikan juga sekiranya ada rasa seperti logam berada di dalam mulut anda. Ini adalah salah satu tanda-tanda awal kegagalan buah pinggang. Ia berlaku disebabkan sisa buangan terkumpul di dalam darah.
4. Bengkak pada anggota badan. Anda akan mengalami pembengkakan pada salah satu anggota di tubuh badan anda. Buah pinggang yang sihat berfungsi mengeluarkan bendalir yang berlebihan dari badan anda. Masalah sebaliknya akan berlaku sekiranya buah pinggang anda mengalami kegagalan.
5. Loya dan muntah. Anda mengalami loya dan muntah-muntah disebabkan pengumpulan sisa-sisa buangan di dalam darah.
6. Merasa sejuk sepanjang masa. Individu yang mengalami anemia mungkin akan berasa kesejukan sepanjang masa walaupun dalam keadaan cuaca panas.
7. Sakit di bahagian belakang. Anda akan merasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawah. Ini merupakan tempat terletaknya buah pinggang anda. Ada penyakit buah pinggang akan menyebabkan ketumbuhan yang akan mewujudkan rasa sakit pada buah pinggang.
8. Sukar untuk bernafas. Ini juga merupakan tanda-tanda awal penyakit buah pinggang yang mungkin disebabkan oleh anemia atau pengumpulan bendalir di dalam paru-paru.
9. Kerap pening. Anda akan kerap berasa pening kepala. Ini disebabkan oleh anemia yang mengakibatkan kekurangan oksigen di dalam otak.
Semoga info ini sangat berguna kepada anda. Jika anda merasa diri anda ada tanda-tanda seperti di atas, eloklah segera berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut. Mana tahu jika benar, langkah pencegahan seterusnya boleh di ambil. Jangan lupa juga menjaga pemakanan seharian kita – Anakbapak
Sumber: facebook
3 Comments