Sekarang Saya Adalah Pengerusi PH – Datuk Seri Anwar Ibrahim

Datuk Seri Anwar Ibrahim

PETALING JAYA: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau kini adalah pengerusi Pakatan Harapan (PH). Jawatan itu sebelum ini dipegang oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum Parti Bersatu meninggalkan PH.

Apa Kata Datuk Seri Anwar Ibrahim

“Saya nak beritahu bahawa dalam keputusan Pakatan Harapan, saya sekarang pengerusi PH dan ketua pembangkang” Kata Datuk Seri Anwar seperti yang dipetik oleh FMT.

“Walaupun ada usaha-usaha atau orang lain yang mahu mencabar kedudukan itu, tetapi (itu) konsensus yang dicapai dalam PH,” katanya dalam video dimuat naik ke Facebook.

Walaupun dikritik hebat dan dipersoalkan oleh sebilangan rakyat, Anwar turut mempertahankan tindakan dan keputusan PH untuk bekerjasama dengan Tun Mahathir dalam blok pembangkang.

Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto: FMT

Sebagai Ketua Pembangkang, beliau menegaskan sebagai wakil kepada semua ahli Parlimen Pembangkang, termasuklah Tun Mahathir dan pengikutnya daripada Parti Bersatu dan Parti Warisan.


Apa yang paling penting katanya, Perjvangan Pakatan Harapan dan semangat agenda pembaharuan tidak pernah luntur. Datuk Seri Anwar Ibrahim juga berjanji bahawa Pakatan Harapan akan terus memperjvangkan dan fokus kepada kepentingan serta masalah yang dihadapi oleh rakyat.

“Pertimbangannya ialah kembali kepada idealisme perjvangan dan ujiannya ialah bila kita ada kuasa.” Katanya lagi.

Baca – PH Kedah Tumbang Apabila 2 ADUN PKR Keluar Parti


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!