Perkara Yang Berlaku Selepas Kematian

Perkara Yang Berlaku Selepas Kematian

Berikut adalah beberapa perkara yang berlaku ke atas diri kita selepas kematian. Ianya tidak dapat dielakkan dalam keadaan apa sekalipun. Apakah perkara tersebut. Jom kita baca dan hadam:

GUGURLAH NAMA KITA

Selepas kematian, perkara pertama yang akan gugur daripada kita adalah nama kita. Ini disebabkan setelah kematian kita, orang akan bertanya bilakah si mati atau arwah akan dikebumikan. Jarang orang bertanya, bilakah Pak Maon akan dikebumikan.

Sembahyang Mayat
Solat Jenazah

KETIKA HENDAK DISOLATKAN

Selepas kematian, ketika jenazah hendak disolatkan di masjid atau di mana-mana, ada orang akan mengeluarkan arahan. “Tolong bawakan JENAZAH ke ruang hadapan”. Orang tidak akan sebut, “Tolong bawakan Pak Maon ke hadapan untuk solat jenazah”.

KETIKA HENDAK DIKEBUMIKAN

Apabila jenazah hendak dimasukkan di dalam liang lahat, maka orang-orang yang menunggu di dalam kubur (mungkin waris si mati) akan berkata, “Tolong turunkan atau hulurkan MAYAT / JENAZAH perlahan-lahan. Mereka tidak akan sebut “Tolong turunkan atau hulurkan Pak Maon perlahan-perlahan”.

kebumi mayat
Saat dikebumikan

UCAPAN TAKZIAH

Setelah mengetahui selepas kematian seseorang, kawan-kawan, saudara-mara dan yang lain mengenali si mati akan datang atau menghantar pesanan melalaui mesej mengucapkan takziah kepada keluarga si mati. Mereka akan berkata pada keluarga si mati, “Semoga ARWAH ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Jarang atau tiada orang kata “Semoga Pak Maon ditempatkan di kalangan orang beriman”.

RUMUSAN

Jangan sekali kita bermegah-megah dengan nama-nama atau gelaran kita. Tidak kira siapa kita samada Otai, King, Sifu, Datuk, Dato, Datin, Tuan dan banyak lagi. Selepas kematian tiada apa-apa makna lagi pada ketika itu. Yang membezakan darjat seseorang adalah Ketaqwaan kepada Allah semasa hidup di dunia.

Selepas kematian, kita akan meninggalkan semua panggilan dan gelaran. Ia secara automatik gugur dari jasad kita sebagaimana gugurnya pakaian-pakaian serta perhiasan-perhiasan yang ada di badan kita selama ini.

Jenazah dikafankan
Mengkafan Jenazah

Pada waktu itu orang-orang yang mengenali kita akan berasa sedih. Para sahabat kita yang rapat dengan kita mungkin akan terasa akan kehilangan kita untuk beberapa hari. Manakala ahli keluarga kita boleh jadi bersedih dalam jangka masa 3 ke 4 minggu sahaja dan pasangan kita mungkin hingga setahun mengenangkan diri kita.

Selepas itu semua akan beransur melupakan kita. Mereka akan teruskan kehidupan mereka seperti biasa dan kembali normal. Kita pula meneruskan juga hidup kita di alam barzah yang yang sangat luar biasa. Kita berada di alam yang lebih realiti dari alam yang agak fantasi sebelum ini.

Demikianlah tamatnya riwayat kita di dunia ini.

Oleh kerana kita sering diingatkan supaya sentiasa ingatkan MATI. Jika kita sering mengingatkan akan kematian, hati kita sentiasa hidup segar bahagia disisi Pencipta. Wallahu a’lam

Sumber: Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *