Semua Jawatan Menteri Kabinet Batal

beberapa parti bergabung

Jawatan Menteri Kabinet batal setelah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan untuk membatalkan pelantikan menteri-menteri atas nasihat Perdana Menteri sebagaimana diperuntukkan dalam Perkara 43(5) Perlembagaan Persekutuan.

Berita Jawatan Menteri Kabinet batal itu disahkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan seperti yang dilaporkan oleh Sinar.

Jawatan Menteri Kabinet Batal

Sehubungan dengan itu, semua tugas anggota pentadbiran yang merangkumi Timbalan Perdana Menteri, Menteri-Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha Politik terhenti pada 24 Februari 2020.

Sebelum itu, Baginda Yang di-Pertuan Agong telah berkenan menerima peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Walau bagaimanapun, Baginda berkenan untuk melantik Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Interim sementara menunggu pendirian baru Perdana Menteri selaras dengan Perkara 43 (2) (a) Perlembagaan Persekutuan.


Dr Mahathir telah menyerahkan surat peletakan jawatan Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong pada sekitar jam 1 petang tadi (24 Feb 2020).

Pada Pilihanraya Umum Yang ke 14 (PRU 14) yang lalu, Pakatan Harapan berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan negara dari Barisan Nasional. Kemenangan Pakatan Harapan yang terdiri daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia, PKR, DAP dan Parti Amanah Negara meraih sebanyak 113 kerusi diikuti Barisan Nasional (BN) dengan 79 kerusi. Sementara PAS pula menang 18 kerusi Parlimen, diikuti Parti Warisan Sabah (8); Parti Solidariti Tanah Airku (1) dan Bebas (3).


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya memang anak bapak dan ibu. Seorang lelaki biasa namun ada perlindungan insurans, takaful dan medical card. Saya suka melancong (travel) terutama ke Korea, Jepun, Eropah dan Australia. Gemar menaiki pesawat tambang murah seperti Air Asia, Malindo, Fire Fly dan Scoot. Berhasrat mahu ke Amerika Syarikat. Makanan kegemaran KFC, Western Food, McDonalds, Masakan India dan Thailand. Kereta Honda tetapi mahu membeli Ferrari atau Lamborghini tetapi tidak mampu. Telefon hanya guna Samsung dan vivo. Dulu pernah guna oppo. Huawei tidak pernah cuba. Suka juga layari laman niaga Ali Baba, e-bay dan Amazon. Berhasrat mahu memiliki banglo mewah kalau ada duit. Orang kata nak banyak duit main forex atau bitcoin tapi saya tidak berani. Itulah serba ringkas tentang saya.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!