Semua Sekatan Jalan Rentas Negeri Ditarik Balik

RENTAS NEGERI

Mulai esok, semua rakyat Malaysia dah boleh rentas negeri. Keputusan Kerajaan ini sangat menggembirakan seluruh rakyat negara ini yang sudah lama merindui keluarga masing-masing.

Namun demikian, jangan lupa menjaga keselamatan diri anda kerana C0VID-19 masih belum habis dan kita tidak tahu di mana ia berada.

Esok semua boleh rentas negeri

road block

Pada satu sidang media sebentar tadi, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah memaklumkan bahawa semua sekatan jalan raya merentas sempadan negeri telah ditarik balik oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ini berikutan tamatnya Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat (PKPB) yang berakhir pada hari ini. Bermula esok (10 Jun 2020), rakyat Malaysia sudah boleh merentas negeri berikutan Perintah Kawalan Pergerakkan Pemulihan (PKPP) yang akan berkuatkuasa.

Walau bagaimanapun, Ops Benteng melibatkan sempadan negara masih dijalankan seperti biasa dan pihak PDRM akan lebih menumpukan kepada pemantauan PKPP.


Sumber: Jalan Kami


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!