Anyam Tali Rafia Jadikan Bag Sekolah Anak Kerana Tidak Mampu

bag tali rafia

Kata orang kasih seorang ibu akan membawa hingga ke syurga manakala kasih seorang insan bergelar ayah adalah sepanjang masa. Disebabkan kasihkan anak yang memang menjadi sifat seorang ayah, membuatkan seorang ayah menyediakan bag sekolah untuk anaknya dengan menganyam tali rafia kerana tidak bermampuan.

Tali Rafia Jadikan Bag Sekolah Anak

Semua ayah mahukan anak-anak mereka maju dan tidak tertinggal dalam pelajaran. Sebagai ayah, mereka tidak akan membiarkan anak mereka tidak mahu ke sekolah hanya kerana ketiadaan barangan asas seperti pakaian, bag dan sebagainya.

Apa yang dimahukan oleh ibu atau ayah adalah anak-anak mereka mendapat yang terbaik. Mereka akan cuba sedaya upaya untuk menyediakan apa saja keperluan untuk anak-anak walaupun ada yang terpaksa berhutang.

bag sekolah
Sebuah bag yang cantik dihasilkan dengan nilai kasih sayang

Kisah benar ini berlaku di Kemboja sepertimana yang dikongsikan oleh Sophous September. Oleh kerana tidak mampu kerana kesempitan hidup, sang ayah tetap berusaha memastikan anaknya mempunyai bag sekolah seperti orang lain walau keadaan yang berbeza.

Dia tahu tidak mampu untuk membeli bag sekolah seperti orang lain, namun si ayah mengambil inisiatif disebalik kebolehannya dengan menganyam tali rafia sehingga menjadi sebuah beg yang cantik untuk anaknya bawa ke sekolah.


Kisah tersebut mencuri perhatian ramai pengguna laman sosial facebook apabila ia dikongsi oleh seorang pengguna laman itu dengan nama Sophous Suon.

Dalam muat naik itu, ia turut memuatkan beberapa keping gambar menunjukkan beg sekolah berkenaan yang dibuat menggunakan tali rafia biru yang dianyam.

Kepada anak atau mereka yang tidak suka sangat pergi ke sekolah, tolong berasa malu sikit. Tidak ada alasan kamu tidak mahu ke sekolah kerana semua kemudahan yang lengkap telah disediakan oleh ibu bapa sedangkan mereka yang susah, berusaha ke arah itu dan menangis untuk ke sekolah.

Baca Juga: Seorang Ayah Sanggup Bawa Anaknya Dari Pasir Gudang ke Pulau Pinang Untuk Mencari Ibunya 

Ada dikalangan anak-anak yang menangis dan lari bersembunyi kerana tidak mahu pergi sekolah. Sedangkan ayahnya menyediakan semua kelengkapan sekolah yang sangat sempurna.


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak
error: Content is protected !!