Tahukah Anda Setiap 100 Tahun Ada Saja Wabak Penyakit Yang Menular Di Seluruh Dunia?

wabak penyakit

Antara tahun-tahun yang tercatat adalah Tahun 1320, 1420, 1520, 1620, 1720, 1820, 1920 dan kini tahun 2020. Ini adalah tahun-tahun yang terjadinya wabak penyakit yang sangat dahsyat. Adakah ianya kebetulan?

Kita jangan terkejut dengan Korona Virus atau COVID-19 yang bermula di China dan kini semakin jauh tersebar ke seluruh dunia. Dan anda jangan hairan tentang sesuatu wabak yang muncul. Negara kita juga tidak terkecuali daripada wabak terbaru ini.

coronavirus
Wabak terbaru Korona Virus (Covid 19) berasal dari Wuhan

Wabak Penyakit Setiap 100 Tahun?

Fakta sejarah sememangnya tidak dapat dinafikan kerana pada tahun-tahun tertentu seperti yang disebutkan di atas sememangnya ada penularan wabak penyakit yang menggemparkan seluruh dunia sepertimana yang dikongsikan oleh Troka Travel.

The Great Plague of Marseille

Sebagai contoh adalah pada tahun 1720, dunia digemparkan dengan penularan wabak The Great Plague of Marseille yang menyebabkan kira-kira 100 ribu orang meninggal dunia di Marseille, Perancis. Ia disebarkan melalui lalat yang membawa bakteria bahaya yang penyebab penyakit tersebut.


wabak bahaya
Gambaran semasa The Great Plague of Marseille

Kolera

Pada tahun 1820 pula, dunia digemparkan dengan penyebaran wabak kolera ke negara-negara Asia seperti Indonesia (ketika itu disebut sebagai wilayah Hindia Timur Belanda), Filipina dan Thailand. Punca wabak ini adalah air dari kawasan-kawasan tasik yang tercemar. Ia juga menyebabkan kira-kira 100 ribu orang telah meninggal.

wabak kolera
Gambaran semasa Kolera melanda Asia. Foto: Devastating Disasters via philnews

Spanish Flu

Pada 100 tahun yang lalu iaitu tahun 1920, apa yang lebih mengejutkan dunia ialah penularan wabak Spanish Flu. Wabak ini dicatatkan sebagai yang paling bahaya dalam sejarah. Ini berikutan jumlah mangsa yang meninggal dikatakan mencapai 100 juta orang. Ketika itu, Spanish Flu dikatakan menjangkiti kira-kira 500 juta orang.

wabak
Seorang wanita memakai Flu Mask sebagai langkah berjaga-jaga

Virus Korona (Covid 19)

Kini pada tahun 2020, setelah 100 tahun, dunia sekali lagi digemparkan dengan penyebaran wabak Coronavirus yang bermula di wilayah Wuhan, China. Wabak ini berkeupayaan untuk menyerang sistem pernafasan manusia. Setakat ini, banyak negara di seluruh dunia telah terkesan dengan penyakit ini termasuklah negara kita.

wabak penyakit menular
Corona Virus di Wuhan, China

Susunan wabak-wabak tersebut mengikut tahun adalah seperti berikut:

1320 Bubonic Plague.
1420 Black Death Breakout.
1520 Smallpox.
1620 Mayflower Massacre.
1720 The Great Plague of Marseille.
1820 Kolera.
1920 Spanish Flu.
2020 Korona Virus.

(Sila buat carian di google)

Adakah sejarah wabak penyakit terus berulang setiap 100 tahun atau ini hanya kebetulan? Apa yang kita boleh lakukan ialah mengambil berat tentang kesihatan kita. Ikutilah langkah berjaga-jaga seperti yang dikeluarkan oleh kerajaan, selain berdoa agar negara dan semua rakyat Malaysia dilindungi daripada bencana dan wabak penyakit. Wallahu a’lam.


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya memang anak bapak dan ibu. Seorang lelaki biasa namun ada perlindungan insurans, takaful dan medical card. Saya suka melancong (travel) terutama ke Korea, Jepun, Eropah dan Australia. Gemar menaiki pesawat tambang murah seperti Air Asia, Malindo, Fire Fly dan Scoot. Berhasrat mahu ke Amerika Syarikat. Makanan kegemaran KFC, Western Food, McDonalds, Masakan India dan Thailand. Kereta Honda tetapi mahu membeli Ferrari atau Lamborghini tetapi tidak mampu. Telefon hanya guna Samsung dan vivo. Dulu pernah guna oppo. Huawei tidak pernah cuba. Suka juga layari laman niaga Ali Baba, e-bay dan Amazon. Berhasrat mahu memiliki banglo mewah kalau ada duit. Orang kata nak banyak duit main forex atau bitcoin tapi saya tidak berani. Itulah serba ringkas tentang saya.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!