(Video) Sidang Parlimen Hari Ini Macam Sampah & Tidak Berguna – Xavier Jayakumar

sidang parlimen

Kuala Lumpur, 18 Mei: Ahli Parlimen Kuala Langat, Dato’ Dr. Xavier Jayakumar dari Parti Keadilan (PKR) sifatkan sidang parlimen yang berlangsung hari ini sebagai sampah dan tidak berguna.

Bekas Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli itu berkata, mereka (Ahli-Ahli Parlimen) hanya berada di Dewan Rakyat selama satu jam sahaja bagi mendengar titah yang DiPertuan Agong atas alasan C0VID-19.

SIDANG PARLIMEN MACAM SAMPAH?

“Kami mempunyai suara untuk semak dan imbang kerajaan. Tetapi parlimen hari ini adalah sampah, sidang parlimen ini adalah tidak berguna. Kita hanya akan berada di sana untuk satu jam cuma untuk dengar titah Yang Di Pertuan Agong dan kemudian kami diarahkan untuk pulang ke rumah. Semua ini kerana dalih Covid-19. ” – Kata Xavier Jayakumar

Beliau menambah, kerajaan sekarang takut untuk berhadapan dengan Ahli Parlimen Pakatan Harapan kerana akan ada undi tidak percaya terhadap Tan Sri Muhyiddin Yasin yang dicadangkan oleh Ahli Parlimen Langkawin, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kerajaan sekarang takut untuk berhadapan dengan kami, mereka takut akan ada undi tidak percaya oleh (MP) Langkawi, Tun Dr Mahathir. Semuanya adalah kerana perkara ini. Bukan perkara lain.


“Sandiwara ini yang dijalankan oleh beberapa pengkhianat dan lanun.

Kerajaan yang tidak dipilih oleh rakyat dimana mereka itu telah merampas kerajaan secara paksa dalam cara yang lain. “ – Dato’ Dr. Xavier Jayakumar.

Terdahulu, Yang DiPertuan Agong dalam titahnya menyeru ahli politik supaya tidak mengheret negara ke kancah politik yang tidak menentu ketika negara dan rakyat sedang melawan pandemik Covid-19.

“Beta ingin menasihatkan supaya tidak mengheret negara sekali lagi ke kancah politik yang tidak menentu ketika rakyat jelata masih berhadapan dengan pelbagai masalah dan masa depan yang cukup sukar akibat pandemik Covid-19.

“Kerana itulah kerajaan beta juga telah memutuskan majlis mesyuarat pertama yang berlangsung pada hari ini hanya mempunyai satu urusan majlis sahaja iaitu titah beta sempena pembukaan penggal Parlimen yang baru ini,”

Baginda turut menceritakan kronologi pelantikan Muhyiddin Yasin sebagai Perdana Menteri ke 8 adalah bermula dengan peletakan jawatan oleh Tun Dr Mahathir.

“Pada 24 Feb 2020 yang lalu, naratif landskap politik negara telah sekali lagi digegarkan menerusi peletakan jawatan perdana menteri Malaysia yang ke 7.

Sekitar jam 5 petang pada hari yang sama, beta telah terima perkenan menerima mengadap YAB Tun Dr Mahathir Mohamad.

Baca – Saya Sekarang Adalah Pengerusi PH – Anwar Ibrahim

Dalam pertemuan tersebut, beta telah meminta YAB Tun Dr Mahathir Mohamad supaya tidak meletak jawatan, namun beliau tetap dengan keputusannya. – Titah Yang Dipertuan Agong yang disiarkan secara langsung di televisyen.

Sumber: Buletin TTKM


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!