Suami Bawa Balik Bom dan Siap Cuci Untuk Dijual

Suami bawa balik bom

Penduduk di sebuah kampung di Alor Setar gempar apabila mereka tiba-tiba diarah supaya mengosongkan rumah mereka oleh pihak berkuasa. Ini berikutan seorang penduduk di situ Mohd Azmizul Hanafi, 30, membawa balik bom yang disangkakannya besi buruk. Bom itu dijumpainya di kawasan perumahan di Jalan Putra, Mergong dekat sini.

bom ditemui
Bom yang di bawa balik oleh seorang lelaki di Alor Setar

Berita Harian melaporkan, Azmizul sempat membersihkan bom tersebut setibanya di rumah di Kampung Mempelam dan merancang untuk menjualnya di kedai besi buruk. Namun dia merasa pelik kerana ada kesan lekuk pada permukaan bom tersebut membuatkan beliau bertanyakan kepada jirannya.

Azmizul membawa objek tersebut ke rumah jirannya setelah merasakan ianya seperti bom. Jirannya yang juga bekas tentera mengesahkan bahawa objek itu adalah bom dan masih aktif. Ianya boleh meletup pada bila-bila masa. Isteri Azmizul, Nurul Huda Mohd Kamal, 27, berkata:

“Saya ingatkan suami bawa pulang besi buruk, tetapi sebaik memegang ‘besi’ itu baru saya sedar ia seperti bom sebelum membawanya ke rumah jiran yang juga bekas tentera.

Tambah Nurul lagi:

“Jiran memberitahu besi itu adalah bom mortar yang masih aktif menyebabkan saya dan suami menggeletar setelah tahu ia boleh meletup bila-bila masa,”

Selepas jirannya mengesahkan ia adalah bom, pasangan itu terus menghubungi polis kira-kira jam 10 malam untuk memaklumkan perkara berkenaan.

Ini juga merupakan kali pertama Azmizul yang mengumpul barang lusuh terbawa balik bahan bahaya yang boleh mengorbankan nyawa mereka bahkan jiran-jiran. Lebih malang jika beliau bertindak mengetuk atau cuba memotong bom tersebut.

Pada 23 Dis 2014, satu trajedi telah berlaku di Gurun, Kedah dimana 3 orang terbunuh apabila bom yang dipercayai bom mortar meletup selepas seorang anggota tentera berusia 37 tahun ketika itu cuba memotong bom tersebut. Kesan dari letupan tersebut bukan sahaja menyebabkan kerosakan yang besar termasuk rumah-rumah jiran setempat, bahkan nyawa turut melayang.

bom meletup
Kejadian di Gurun tahun 2014

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar, Sufuri Din, memberitahu pihaknya telah menerima panggilan kecemasan pada jam 10.13 malam dan bertindak menghantar lapan anggota bagi memeriksa kawasan berkenaan.

Pihak Bomba turut membantu memasang jaring keselamatan di sekeliling rumah penduduk dan meminta mereka mengosongkan rumah yang terletak di sekitar 300 meter dari jarak bom berkenaan.

Bom tersebut telah berjaya dimatikan oleh anggota Unit Pemusnah Bom, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah sekitar jam 12.15 tengah malam.

Anakbapak menasihatkan sesiapa sahaja yang menjumpai objek pelik (bukan seperti besi biasa) supaya tidak mengambilnya. Dikhuatiri ianya adalah bom lama daripada pesawat perang terdahulu dan berkemungkinan fius (detonator) pada bom tersebut tiba-tiba berfungsi semula apabila ada pergerakkan menyebabkan ianya akan meletup.

Harus diingatkan, bom yang tidak meletup sebenarnya masih aktif – Anakbapak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *