Petua dan Tips Agar Suami Murah Rezeki

rezeki suami

Kebanyakan kaum lelaki yang bergelar suami berkerja siang dan malam demi keluarga. Mereka ini tidak berkira dengan isteri dan anak-anak untuk membelanjakan wang ringgit malahan. Malahan pula tidak kedekut tenaga untuk membantu isteri di rumah. Bak kata orang, isteri juga berperanan dan punca bagi menambah rezeki suami. Selain itu, apakah tips dan cara buat suami murah rezeki?

Zaman ini ramai para isteri membantu suami untuk mendapatkan rezeki yang lebih samada turut sama bekerja bagi meringankan beban suami. Bagi yang tidak bekerja mereka akan melakukan cara yang lain seperti sentiasa berdoa agar suami murah rezeki dan sebagainya.

murah rezeki
Rezeki Allah itu sangat luas

Suami pula digalakkan membantu isteri untuk sama-sama melakukan apa saja kerja di rumah. Cara yang amat dituntut adalah sedekah pada isteri walaupun bukan duit ringgit. Bersedekah bagaimana? Antaranya adalah sedekah waktu, sedekah tenaga dan sebagainya yang pasti akan menambahkan lagi rezeki suami itu sendiri.

Menerusi perkongsian dari Khairul Hakimin Muhammad berkaitan petua atau tips suami murah rezeki yang boleh diamalkan oleh para suami untuk mencapai keberkatan dan kebahagiaan dalam hidup berkeluarga.

TIPS SUAMI MURAH REZEKI YANG BERKAT


rezeki suami
Zikir dan doa adalah antara amalan menjemput rezeki yang perlu diamalkan

Katanya ketika mendengar kuliah maghrib, Ustaz yang memberi kuliah berpesan kepada jemaah, ayatnya lebih kurang begini:

Wahai suami-suami, kalau nak murah rezeki, buat ini:

1. Jika isteri dah siapkan minuman, makanan, hidang dah atas meja, kemudian beliau menjemput kita makan, kita pula sibuk dengan telefon, sibuk hal lain lagi, lalu biarkan ia sejuk, maka lambatlah rezeki masuk.

Mana rezeki yang telah terhidang, santuni rezeki itu sebaik-baiknya.

2. Jika pulang sahaja ke rumah, tiba-tiba anak-anak menerpa, cakap ayah nak itu ayah nak ini, pergi duduk. Cakap seorang demi seorang, cium dahi mereka walau kita tak mampu nak lunaskan setiap satunya, tak boleh marah, tak boleh herdik.

Sabar dan santun dengan anak-anak akan memurahkan rezeki seisi rumah. Allah suka orang yang sabar dengan si kecil yang tidak ada dosa.

rezeki
Walau sesibuk mana anda, luangkan masa bersama anak-anak

3. Bangun pagi, jika tidak kejutkan pasangan, kita sahaja yang bersiap dan biarkan isteri masih berdengkur, juga boleh mengurangkan rezeki rumah tangga. Mulalah sana tak cukup, sini rasa nak marah dan sebagainya.

Waktu pagi adalah masa terbaik untuk sama-sama bangkit dan bersyukur kerana masih hidup. Saling kejut dan minta bangun, adalah perbuatan baik menjemput rezeki masuk.

4. Usaha untuk beri wang belanja kepada isteri walau gaji kita masih kecil. Mula dengan RM10, RM50, letak dalam purse mereka. Biarkan ia berputik seperti cinta yang dulunya kecil hari ini sudah beranak 6.

Zaman ini memang era orang perempuan gajinya lebih besar, namun usaha memberi nafkah itu adalah pintu kepada banyaknya lorong rezeki.

Mencari rezeki adalah tanggungjawab suami walaupun isteri bekerja dan berjawatan tinggi

5. Banyak-banyak bergurau dari marah. Tengok balik dalam rumah tangga semua. Banyak jenaka atau banyak sedih. Jika banyaknya ketawa, senyum dah gembira, itu tanda rezeki mahu masuk ke dalam rumah kita.

Namun jika orang di dalam rumah itu sering marah, sering tidak suka itu ini, sering hatinya tidak bahagia, mana ada makhluk mahu bertandang, termasuklah REZEKI.

Begitulah. Semoga bermanfaat kawan-kawan.

Apa komen anda? Like dan Share jika bermanfaat. Terima kasih kerana membaca.



You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya memang anak bapak dan ibu. Seorang lelaki biasa namun ada perlindungan insurans, takaful dan medical card. Saya suka melancong (travel) terutama ke Korea, Jepun, Eropah dan Australia. Gemar menaiki pesawat tambang murah seperti Air Asia, Malindo, Fire Fly dan Scoot. Berhasrat mahu ke Amerika Syarikat. Makanan kegemaran KFC, Western Food, McDonalds, Masakan India dan Thailand. Kereta Honda tetapi mahu membeli Ferrari atau Lamborghini tetapi tidak mampu. Telefon hanya guna Samsung dan vivo. Dulu pernah guna oppo. Huawei tidak pernah cuba. Suka juga layari laman niaga Ali Baba, e-bay dan Amazon. Berhasrat mahu memiliki banglo mewah kalau ada duit. Orang kata nak banyak duit main forex atau bitcoin tapi saya tidak berani. Itulah serba ringkas tentang saya.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!