Tahun 2019, Syarikat Penerbangan Qantas Airways telah dipilih sebagai salah satu daripada 20 syarikat penerbangan paling selamat di dunia. AirlineRatings.com (www.AirlineRatings.com) yang merupakan laman web tunggal yang membuat penarafan keselamatan dan produk di dunia telah membuat pengumuman tersebut.
Menurut Malaysia Kini, AirlineRatings.com telah membuat pemantauan terhadap 405 buah syarikat penerbangan. Dariapada pemantauan tersebut, 20 buah syarikat penerbangan utama dan 10 buah syarikat penerbangan tambang murah telah mereka umumkan sebagai paling selamat .
SYARIKAT PENERBANGAN PALING SELAMAT
SYARIKAT PENERBANGAN UTAMA
20 syarikat penerbangan utama itu adalah terdiri daripada syarikat penerbangan yang terkenal dan mengikut susunan abjad adalah seperti berikut:
1. Air New Zealand
2. Alaska Airlines
3. All Nippon Airways
4. American Airlines
5. Austrian Airlines
6. British Airways
7. Cathay Pacific Airways
8. Emirates
9. EVA Air
10. Finnair
11. Hawaiian Airlines
12. KLM
13. Lufthansa
14. Qantas
15. Qatar Airways
16. Scandinavian Airline System
17. Singapore Airlines
18. Swiss
19. United Airlines
20. Kumpulan Syarikat Penerbangan Virgin (Atlantik dan Australia).
Syarikat-syarikat penerbangan di atas berada pada kedudukan terhadapan dalam industri penerbangan dari segi keselamatan, inovasi dan reka bentuk serta pesawat baharu yang dilancarkan.
Qantas Airways adalah syarikat penerbangan utama yang mempunyai hampir semua kemajuan keselamatan operasi dalam tempoh 60 tahun yang lalu. Mereka ini tidak mempunyai sebarang kemalangan yang boleh menyebabkan kehilangan nyawa di dalam era kapal terbang jet.
Selain itu juga, terdapat syarikat penerbangan yang telah lama beroperasi seperti Hawaiian Airlines dan Finnair. Mereka juga mempunyai rekod yang sempurna di dalam era kapal terbang jet.
SYARIKAT PENERBANGAN TAMBANG MURAH
Respons kepada kepentingan awam, editor-editor AirlineRatings.com tidak lupa untuk kenalpasti 10 buah syarikat penerbangan tambang murah yang paling selamat di dunia seperti berikut (mengikut susunan abjat):
1. Flybe
2. Frontier
3. HK Express
4. Jetblue
5. Jetstar Australia / Asia
6. Thomas Cook
7. Volaris
8. Vueling
9. Westjet
10. Wizz.
Mereka telah mengambil kira beberapa faktor kritikal termasuk audit dari badan-badan pentadbiran dan persatuan-persatuan peneraju penerbangan, audit kerajaan, rekod kemalangan dan insiden serius syarikat penerbangan, hayat armada serta keuntungan.
PENARAFAN PALING RENDAH
Badan itu juga turut mengumumkan syarikat penerbangan yang mendapat penarafan paling rendah (satu bintang dan dua bintang) iaitu:
1. Ariana Afghan Airlines
2. Bluewing Airlines
3. Kam Air
4. Tara Air
5. Trigana Air Service.
Dalam kesemua senarai syarikat penerbangan paling selamat di atas, kita dapati tiada nama-nama syarikat penerbangan dari negara ini yang disenaraikan. Namun kita masih lagi dikira syarikat penerbangan paling selamat kerana tidak disenaraikan dalam syarikat penerbangan yang mendapat penarafan paling randah.
2 Comments