Tampar Ibu Berkali-kali Kerana Tidak Belikan Motosikal

tampar ibu

Di Kangar, Polis menahan seorang lelaki semalam selepas dia bertindak tampar ibu kandungnya yang berusia 56 tahun. Dikatakan kejadian itu berlaku pada Sabtu lalu di rumah mereka di Jalan Kaki Bukit, kira-kira jam 5 petang.

Sanggup Tampar Ibu Sendiri

Lelaki berusia 28 tahun itu dipercayai bertindak demikian selepas permintaannya untuk dibelikan sebuah motosikal baru tidak dipenuhi ibunya. Dia kemudian bertindak menampar berkali-kali ibunya yang bekerja sebagai pereka dalaman. Selain itu ibunya turut diugut, dipukul dan diheret di lantai oleh anaknya.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew, berkata mangsa kemudian bertindak membuat laporan sebelum suspek ditahan di sekitar daerah ini semalam.

“Siasatan awal mendapati suspek yang tidak bekerja datang berjumpa ibunya dan meminta sejumlah wang bagi membeli motosikal baru.

“Mangsa bagaimanapun memaklumkan tidak memiliki wang menyebabkan suspek menuduh mangsa berbohong dan bertindak menampar muka dan memukulnya pada bahagian kepala, kaki dan tangan,” katanya ketika dihubungi hari ini.


Menurut Berita Harian, suspek turut mengugut ibunya apabila mengeluarkan perkataan ‘mampus hang’ selepas memukul si ibu berulang kali.

Mangsa kemudian mendapat rawatan di hospital. Laporan perubatan mengesahkan wanita terbabit mengalami kecederaan akibat dari perbuatan anaknya sendiri itu.

“Mangsa tidak mengalami kecederaan serius, namun masih trauma dan ketakutan akibat kejadian dipukul suspek yang juga seorang penagih dadah.

“Suspek direman empat hari bermula hari ini, mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan kerana memukul, menumbuk dan mengugut mangsa,” katanya.

Baca: Bayi 47 Hari Makan Lantai, Dinding dan Pintu

Teringat kisah Si Tanggang. Walaupun menderhaka kepada ibunya, dia tidaklah melakukan kepada ibunya seteruk ini. Semoga kita dapat anak yang soleh dan solehah. – Anak Bapak


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!