Kerap Minum Teh O Ais Sebabkan Kegagalan Buah Pinggang?

Teh O Ais Sebabkan Kegagalan Buah Pinggang

Dr. John Milner, pembantu profesor urologi di Universiti Loyola Chicago Stritch berkata: “Orang yang mempunyai kecenderungan memiliki gangguan fungsi buah pinggang, paling disyorkan agar tidak meminum teh ais”. Ini kerana teh ais atau teh o ais sebabkan kegagalan buah pinggang.

“Seperti orang lain, saya juga sangat suka menikmati teh ais semasa cuaca panas, namun jangan berlebihan.” tambahnya lagi.

Dalam keadaan cuaca yang panas seperti sekarang, siapa yang menolak untuk meminum minuman berais. Teh O Ais adalah minuman yang cukup popular dalam cuaca yang panas dan kering ini.

punca kegagalan buah pinggang
Teh jadi bahaya kepada buah pinggang apabila disejukkan dengan ais.

Teh telah dibuktikan sangat baik dijadikan minuman antioksidan. Namun tidak selamanya baik untuk kesihatan jika pemgambilannya yang berlebihan. Bagi anda antara air suam dan teh o ais, yang mana anda akan pilih? Sudah tentu anda akan memilih teh o ais.

Sebuah kajian yang disiarkan oleh Health News Daily, mnejelaskan tentang risiko mengambil teh ais. Ia ternyata boleh menyebabkan penyakit batu karang. Kajian ini telah dilakukan oleh Loyola University Medical Center. Mereka menjelaskan, jika anda meminuman teh yang disediakan dalam keadaan sejuk, ianya mengandungi oksalat yang sangat tinggi.


Zat kimia yang terhasil membentuk kristal-kristal kecil yang terhasil daripada mineral dan garam. Sebenarnya bukan teh sahaja yang mengandungi oksalat, banyak makan lain juga mengandunginya seperti bayam, rhubarb coklat, dan kacang.

kegagalan buah pinggang
Teh ais dan teh o ais, memang sedap diminum semasa cuaca panas seperti sekarang.

Kristal ini tidaklah merbahaya namun para penyelidik berpendapat, jika pegumpulan Kristal mungkin terjadi ianya akan mengganggu aliran urin dari ginjal ke pundi kencing. Ia akan menyebabkan anda merasa sakit yang sangat teruk.

Kekeringan adalah salah satu penyebab gangguan kepada fungsi buah pinggang, dan berkemungkinan teh ais atau teh o ais adalah penyebab untuk meningkatkan risiko ini. Untuk mengelakkan penyahhidratan ini, air putih tetap menjadi pilihan terbaik.

teh o ais, teh ais
Air Putih adalah yang terbaik untuk anda

Sebenarnya anda boleh saja meminum teh ais atau teh o ais tetapi jangan berlebihan.Kalau tea o suam atau panas lebih bagus tanpa ais. Sayangilah buah pinggang kita kerana jika kita mengalami kegagalan buah pinggang, proses rawatannya kadang-kadang seumur hidup dan kos yang tinggi.

Artikel Lain: Tanda-Tanda Awal Anda Sakit Buah Pinggang 

Apa komen anda? Jangan luka like dan share ya! Layari facebook kami @Anak Bapak

Sumber: Blog Mazeer


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!