Kanak-kanak perempuan berusia 18 bulan terburai usus akibat ditikam bapa sendiri dalam kejadian petang semalam.
Dalam kejadian di tingkat 4, Flat Puchong Permai di Subang Jaya, bapak yang berusia 27 tahun itu mengamuk sebelum bertindak menikam anak perempuannya kira-kira jam 3.45 petang.
Ditikam Bapa Sendiri
Lelaki yang bekerja sebagai pemasang lapisan filem itu telah diberkas oleh pihak polis selepas mendapat maklumat dari pengadu. Pihak polis juga merampas sebilah pisau pemotong roti yang digunakan dalam kejadian berkenaan.
Pengadu juga telah menghubungi ambulans untuk membawa mangsa ke hospital Serdang. Kanak-kanak tersebut dilaporkan masih menerima rawatan di hospital yang sama.
Utusan Malaysia melaporkan, hasil siasatan awal mendapati suspek tertekan selain dipercayai berada dalam pengaruh d4dah.
Kanak-kanak malang itu tinggal bersama nenek dan datuknya selepas ibunya yang dipercayai menghilangkan diri sebaik sahaja dia dilahirkan.
“Motif kejadian masih dalam siasatan dan pihak polis akan menjalankan ujian air kencing terhadap suspek,” kata sumber.
Baca – Beriya nak ikut ayah, sebenarnya petanda dua beradik akan pergi untuk selamanya