“Terima Kasih Ustaz Ebit”. Isteri Pak Aq Mula Bersuara Selepas Berpindah

isteri pak aq

“Terima Kasih Ustaz Ebit”

“Terima kasih kerana bantu keluarga kami, hanya Allah mampu membalas jasa Ustaz Ebit,” kata Jamaliah Rejab, 54, isteri kepada Ishak Darus atau Pak Aq, 77, yang berjaya dipujuk pendakwah, Ustaz Ebit Lew untuk berpindah ke kediaman baharu lebih selesa di Lorong Fajar, Jalan Sultanah di sini, kelmarin.

Beliau dan keluarganya sangat bersyukur kerana dapat mendiami rumah yang selesa lengkap dengan kemudahan air dan elektrik apatah lagi di saat Ramadhan yang akan tiba esok.

VIDEO USTAZ EBIT KE RUMAH PAK AQ

Airmata

Hanya airmata. Tiada apa yang saya dapat ungkapan. Hati ini sedih sayu. Hanya berdoa moga Allah ampunkan dosa saya. Jangan salahkan sesiapa. Saya cuma datang untuk membantu. Saya yang salah. Ceramah sana sini baru hari ini saya tahu keadaan mereka. Sedang saya makan kenyang, tidur lena, mereka tidur di tepi sampah. Ya Allah.. Maafkan saya pakcik. Maafkan saya adik-adik semua.Syukur akhirnya Allah izinkan saya dapatkan rumah sewa untuk mereka. Besar rumah selesa. InsyaAllah saya akan bayar sampai bila-bila selagi mampu. Terima kasih semua yang bersama-sama membantu dan tuan puan semua yang selalu mendoakan. Moga Allah balasi kebaikan semua.

Dikirim oleh Ebit Lew pada Senin, 20 April 2020

“Memang kami seronok dapat berpindah dari rumah lama yang sudah rosak dan bocor terutama cucu yang dapat bermain di kawasan sekitar rumah ini.

“Saya anggap segala yang berlaku ada rahmatnya, malah suami yang dimasukan ke hospital juga sudah dibenarkan keluar hari ini (semalam) selepas keadaannya didapati stabil,” katanya ketika ditemui petang semalam.


Jamaliah berkata, keluarganya bukan tidak berusaha mencari rumah yang lebih elok sebelum ini di sekitar kawasan ini, namun gagal kerana tidak mampu membayar sewa yang tinggi.

KOMEN NETIZEN 

netizen 1

netizen 1 1

“Kami memang mendapat bantuan kerajaan setiap bulan dan wang itu habis diguna bagi membeli makanan selain ada juga menerima sumbangan orang ramai.

“Malah kerajaan juga ada menawarkan kami berpindah ke rumah flat, tetapi terpaksa ditolak kerana lokasinya yang agak jauh selain cucu saya pula ramai,” katanya.

Ditanya tentang persiapan menyambut Ramadhan, Jamaliah berkata, tiada apa persediaan yang dilakukannya kerana mereka baharu berpindah dan masih bergantung kepada bantuan untuk meneruskan kelansungan hidup.

ebit lew 1
Betapa gembiranya cucu-curu Pak Aq. Foto: Ebit Lew

Sebelum ini tular di media sosial apabila Ustaz Ebit Lew menziarahi Ishak yang terlantar akibat str0k bersama keluarganya yang tinggal di rumah usang di Lorong Gedebang, Jalan Langgar, kerana tidak mampu menyewa di tempat lain.

Mereka tinggal berhimpit dengan lantai beralaskan tikar getah, dinding kayu yang telah reput dimakan anai-anai. Bukan itu saja, sebahagian bumbung zink rumah juga berlubang.

Baca – Kanda Yusuf Azmi Terus Hubungi Ustaz Ebit Lew Setelah Ada Individu Tidak Pvas Hat1 Dengannya

Semoga perpindahan ini menjadi titik tolak kepada kehidupan yang lebih baik kepada keluarga Pak Aq. Hari ni hari Pak Aq kita tidak tahu bagaimana hari kita mendatang. Kami juga mengucapkan “terima kasih Ustaz Ebit”.  Wallahu A’lam.

Sumber: Keramat Viral


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!