KELUARGA yang menghuni pondok usang di dalam kebun getah di sebuah kampung di Kupang, Baling, Kedah, terkejut dengan kehadiran pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew ke kediaman mereka.
Terpaksa Tolak Rumah Sewa Yang Ditawarkan
Hasrat Ustaz Ebit Lew untuk memberikan keluarga itu sebuah rumah sewa yang lebih selesa juga ditolak oleh keluarga berkenaan. Mereka terpaksa tolak rumah sewa yang dicadangkan kerana sudah mengambil keputusan untuk berpindah sementara ke rumah orang tuanya di Kampung Asam Jawa, Kupang.
Megat Noor Asyeqi Megat Hussin, 36, berkata, dia sangat terharu dengan kehadiran Ustaz Ebit pagi tadi, kira-kira jam 10.30 pagi ketika sedang mengemas barang-barang rumah kerana ingin berpindah ke rumah orang tuanya.
“Saya sedang mengemas barang sebelum terkejut mendengar Ustaz Ebit memberi salam dan berdiri di hadapan pondok kami pada jam kira-kira 10.30 pagi”, katanya.
Ustaz Ebit turut berjanji untuk membelikan tilam, katil dan perabot baharu sebaik sahaja rumah yang akan dibina oleh MP Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim siap selepas Perintah Kawalan Pergerakan nanti.
Megat Noor Asyeqi berkata, mengikut perancangan, keluarganya akan berpindah sementara ke rumah ibunya, Salmah Isa, 61, di Asam Jawa kerana pondok yang mereka tinggal akan dirobohkan.
Mereka juga terpaksa tolak rumah sewa yang dicadangkan Ustaz Ebit Lew untuk didiami sementara kerana kawasan itu tidak mempunyai kediaman untuk disewakan. Jika adapun ianya agak jauh kerana di sekitar kawasan pekan Baling.
“Ustaz Ebit ada tawarkan kami rumah sementara, tetapi rumah sewa yang ada cuma di pekan Baling dan ia jauh pula dari kebun getah tempat saya menoreh”.
Megat Noor Asyeqi memberitahu dia dan keluarganya akan menumpang di rumah ibunya seperti saranan Datuk Seri Abdul Azeez sebelumnya kerana MP Baling itu mendapati pondok yang mereka diami berb4haya terutamanya ketika cuaca hujan.
Datuk Seri Abdul Azeez berjanji akan membantu membina rumah baharu buat keluarga itu di tanah milik bapa Megat Noor yang terletak tidak jauh dari kebun getahnya.
Rumah yang dijangka dapat dibina selepas tamat PKP akan dilengkapi bilik tidur, dapur dan bilik air bagi membolehkan keluarga itu hidup selesa dan anak-anaknya boleh meneruskan pelajaran.
Berbalik kepada cerita di sebaliknya, Ustaz Ebit sebelumnya tidak dapat tidur bila mengetahui tentang masalah yang dihadapi oleh keluarga terbabit sehingga beliau sanggup datang ke Baling walaupun sebelumnya dia telah mengesahkan untuk menghentikan pengagihan bantuan.
Baca Juga – Akhirnya Isteri Pak Aq Bersuara Setelah Berpindah
Semoga Keluarga berkenaan akan dapat apa yang dijanjikan MP Baling dan Ustaz Ebit Lew teruskan kerjanya. Mulianya hati Ustaz Ebit walaupun mereka tolak rumah sewa yang dicadangkan, beliau tetap berhasrat untuk membantu selepas itu.
Apa Pendapat Anda? Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima kasih.
Sumber: Harian Metro