(C0V1D 19) Teruskan Solat Jumaat Dengan Khutbah Yang Pendek – Menteri

solat jumaat

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri membuat saranan kepada semua pengurusan masjid agar supaya memendekkan Khutbah Solat Jumaat susulan dengan penularan C0V1D-19 yang semakin membimbangkan.

Solat Jumaat Diteruskan

Beliau menegaskan ketika sidang media khas Menteri di Jabatan Perdana Menteri bahawa solat Jumaat itu tetap wajib tetapi harus memberi penekanan kepada langkah berjaga-jaga.

“Jadi mengambil hukum asal wajib, kita katakan solat Jumaat tetap wajib cuma beberapa saranan kita bagi dalam situasi sekarang,” katanya.

YB Menteri menyarakankan bagi menghadapi penularan C0V1D-19 Khutbah Jumaat harus dipendekkan serta terus ke bahagian yang ingin disampaikan.

Dr Zulkifli menasihati para jemaah agar mengambil wuduk di rumah serta mengingatkan pihak masjid agar menyediakan pembasmi kuman.

Agensi agama di Jabatan Perdana Menteri akan mengemukakan lima kertas kerja untuk dibawa ke Majlis Fatwa Kebangsaan bagi membincangkan permasalahan yang timbul dikala krisis wabak C0V1D-19 yang sedang melanda ini.


Antara Perkara yang bakal dibincangkan ialah masalah solat jumaat, masalah bersalaman, masalah kenduri kahwin, masalah pengurusan jenazah dan panduan jika terkena C0V1D-19 serta saranan yang dikemukakan jabatan atas nasihat Kementerian Kesihatan bagi mengekang wabak itu.

Dr Zulkifli berkata hasil perbincangan tersebut akan disebarkan dalam tempoh terdekat.

Beliau juga memberitahu bahawa tiada keperluan menunaikan Solat Jumaat di rumah ketika menjawab pertanyaan media.

“Apa-apa perhimpunan, kalau boleh dielakkan, kecuali sekiranya amat-amat memerlukan, bahkan soal wajib ini kita tak boleh katakan ia sunat pula”

“Sebab itu beberapa pandangan ulama menganggap bahawa kita boleh kata ‘tidak wajib’, dengan syarat ia memang merebak luar kawalan.

“Kedua, ia akan terpakai kepada semua, bukan sekadar solat sahaja tak boleh tapi yang lain boleh; beli barang boleh, berhimpun tujuan lain boleh pula,” katanya.

VIDEO

Sidang Media Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Dikirim oleh Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri pada Rabu, 11 Maret 2020

Sumber Video – Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri

Sekarang sudah jelas, kita boleh menunaikan solat jumaat sehingga pengunguman seterusnya. Namun kita harus berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga. Patuhi nasihat yang diberikan serta berdoa. Insya Allah.

Apa komen anda? Jadi jangan tidak ke masjid pula ye. Sila kongsikan untuk semua orang tahu. Terima kasih kerana  terus bersama kami di Anak Bapak.

Sumber: mhi.allnws


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!