Tiada Rancangan Larang Kemasukan Pelacong China Memasuki Negara Buat Masa Ini – Tun Mahathir

tiada rancangan larang kemasukan pelacong china

Kuala Lumpur, 25 Jan – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa setakat ini tiada rancangan larang kemasukan pelancong China ke negara ini oleh kerajaan walaupun negara itu kini sedang dilanda v1rus k0r0na.

Tiada Rancangan Larang Kemasukan Pelacong China

Susulan penularan pantas w4bak k0r0nav1rus di China dan sekurang-kurangnya 13 negara lain termasuk Malaysia, rata-rata rakyat menggesa kerajaan menyekat kemasukan pelancong China buat masa ini.

Sehingga berita ini ditulis, menurut agensi berita cna, w4bak itu kini menghampiri 1300 kes dengan 41 kem4t1an dilaporkan. Min hairan bagaimana Perdana Menteri masih tiada rancangan larang kemasukan pelacong China itu.

Di pihak Menteri Kesihatan, Menterinya Dr Dzulkefly Ahmad dalam sidang media pagi tadi berkata perkara itu akan dibincangkan dengan Kementerian Dalam Negeri.

Sebelum ini, kerajaan menyasarkan kemasukan pelancong dari China dan India sebanyak 4 juta orang dengan permulaan sebanyak 1 juta pada tahun 2020. Mereka akan dikecualikan visa selama 15 hari.


Seramai 11 orang rakyat tempatan telah menjalani ujian mengesan v1rus itu. Dari jumlah tersebut, 10 orang disahkan negatif manakala seorang lagi masih menunggu keputusan ujian makmal. K0r0nav1rus telah menj4ngk1ti tiga warga China yang memasuki Malaysia melalui tambak Johor.

Individu yang disyaki dij4ngk1ti v1us tersebut kini sedang menunggu ujian makmal. Individu terbabit kini dirawat di wad pengasingan dan beliau adalah warga tempatan yang pernah melawat China sebelum ini.

Ujian makmal dijalankan di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Tiga warga China yang disahkan positif k0r0nav1rus sebelum ini ditempatkan di Hospital Sungai Buloh.

Min tidak sedap hati kerana dengan sikap kerajaan yang tiada rancangan larang kemasukan pelacong china. Kita bimbang, dengan kemasukan tersebut, ribuan rakyat malaysia akan dij4ngk1ti satu masa nanti. Wallahu A’lam.

Sumber: Siakap Keli, KKM, cna dan Bernama


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!