Tiada Rusuhan Di Batu Caves, Hanya Pertengkaran – POLIS

tiada rusuhan

Awas jangan sebar berita palsu. Ini kerana pihak polis telah menegaskan bahawa tiada rusuhan di Batu Caves seperti yang didakwa menerusi penularan video di media sosial.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, menyatakan bahawa pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung video berkenaan sepertimana yang dilaporkan oleh Astro Awani.

Tiada Rusuhan di Batu Caves

Video yang tular itu berdurasi selama 58 saat telah tersebar sejak 14 Feb lalu. Ia mendakwa berlakunya satu ‘rusuhan’ membabitkan anggota Pihak Jabatan Imigresen ketika mereka menjalankan operasi di Batu Caves.

Arifai menjelaskan, sehingga kini pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian rusuhan seperti yang didakwa.

Arifai berkata lagi, setakat ini polis tidak menerima sebarang laporan mengenai wujudnya kejadian rusuhan seperti yang dinyatakan. Kenyataannya merujuk kepada video tular Operasi Jabatan Imigresen pada 14 Februari 2020, jam lebih kurang 10.30 malam.


Beliau menegaskan apa yang sebenarnya berlaku adalah pertengkaran antara pihak Imigresen dan beberapa orang lelaki yang tidak puas hati dengan kehadiran mereka di kuil tersebut dikala sebahagian penganut masih beribadat dan membeli-belah pada saat akhir perayaan Thaipusam.

Katanya lagi tidak ada sebarang kecederaan atau kerosakan harta benda dialami oleh mana-mana pihak.

Sejak 5 Feb lalu hingga kini, pihak polis telah melancarkan operasi bagi memastikan keselamatan dan kelancaran lalu lintas di sekitar Batu Caves.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menularkan mahupun menyebarkan berita yang tidak benar demi menjaga keharmonian pelbagai kaum dan sensiviti masyarakat.

Nasihat admin mudah, semua bangsa kena jaga sensitiviti kaum. Hargailah kemamanan yang kita nikmati selama ini.

Baca Juga – Bayi 47 Hari Makan Lantai, Dinding dan Pintu. Apa Punya Mak Bapak Ni!!

Anda bagaimana pula? Jangan lupa komen atau share. Kunjungilah page kami @anak bapak

Sumber: Astro AWANI


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya memang anak bapak dan ibu. Seorang lelaki biasa namun ada perlindungan insurans, takaful dan medical card. Saya suka melancong (travel) terutama ke Korea, Jepun, Eropah dan Australia. Gemar menaiki pesawat tambang murah seperti Air Asia, Malindo, Fire Fly dan Scoot. Berhasrat mahu ke Amerika Syarikat. Makanan kegemaran KFC, Western Food, McDonalds, Masakan India dan Thailand. Kereta Honda tetapi mahu membeli Ferrari atau Lamborghini tetapi tidak mampu. Telefon hanya guna Samsung dan vivo. Dulu pernah guna oppo. Huawei tidak pernah cuba. Suka juga layari laman niaga Ali Baba, e-bay dan Amazon. Berhasrat mahu memiliki banglo mewah kalau ada duit. Orang kata nak banyak duit main forex atau bitcoin tapi saya tidak berani. Itulah serba ringkas tentang saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *