Tidak Perlu Pakai Penutup Muka Setakat Ini Jika Sihat – Dr Lee Boon Chye

tidak perlu pakai penutup muka

Susulan penularan wabak koronavirus baharu, kerajaan belum bercadang untuk mewajibkan semua individu memakai topeng muka di tempat awam. Ini bermakna tidak perlu pakai penutup muka setakat ini jika anda sihat.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, ini disebabkan virus berkenaan masih belum berada dalam komuniti di negara ini.

Tidak Perlu Pakai Penutup Muka

“Untuk Malaysia, setakat ini koronavirus baharu masih belum dalam komuniti. Jadi kita masih tidak mencadangkan untuk pemakaian penutup muka bagi mereka yang sihat.

“Memang pandangan daripada pakar setakat ini, tidak perlu untuk memakai penutup muka sekiranya sihat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui para pemberita di Ipoh semalam sempena Sambutan Tahun Baru Cina yang dianjurkan oleh Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Perak.


Dr Boon Chye berkata, berikutan itu bagi mereka yang tidak mempunyai simptom tidak perlu pakai penutup muka.

tak perlu pakai mask
Dapatkan lebih perlindungan semasa berkunjung ke tempat tumpuan ramai jika anda tidak sihat

Dr Boon Chye juga berpesan agar kita tidak leka kerana mempunyai kes Influenza. Kepada mereka yang kurang sihat apabila berkunjung ke tempat-tempat tumpuan orang ramai pastikan perlu lebih perlindungan.

“Jadi terpulang kepada mereka memakai penutup muka atau tidak, ini khusus untuk influenza sedia ada bukan kerana koronavirus baharu,” katanya.

Beliau berkata lagi bahawa tiada kes jangkitan koronavirus baharu di negara ini dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengeluarkan arahan jika berlaku sesuatu perkara.

“Kita masih tidak ada kes jangkitan dalam komuniti, jadi tidak perlu menyekat program awam.

“Paling penting kita perlu mendengar nasihat KKM dan kita akan membuat ‘adjustment’ mengikut keadaan. Setakat ini kita berjaya untuk mengawal jangkitan itu… jangan kita panik sangat,” katanya.

Semoga kita menjalani kehidupan seharian seperti biasa dan mengharapkan negara kita tidak dijangkiti apa-apa penyakit atau wabak yang bahaya.

Baca Juga – Filipina Catatkan Mangsa Pertama Kematian Akibat Koronavirus di Luar China

Sumber: HMetro


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya memang anak bapak dan ibu. Seorang lelaki biasa namun ada perlindungan insurans, takaful dan medical card. Saya suka melancong (travel) terutama ke Korea, Jepun, Eropah dan Australia. Gemar menaiki pesawat tambang murah seperti Air Asia, Malindo, Fire Fly dan Scoot. Berhasrat mahu ke Amerika Syarikat. Makanan kegemaran KFC, Western Food, McDonalds, Masakan India dan Thailand. Kereta Honda tetapi mahu membeli Ferrari atau Lamborghini tetapi tidak mampu. Telefon hanya guna Samsung dan vivo. Dulu pernah guna oppo. Huawei tidak pernah cuba. Suka juga layari laman niaga Ali Baba, e-bay dan Amazon. Berhasrat mahu memiliki banglo mewah kalau ada duit. Orang kata nak banyak duit main forex atau bitcoin tapi saya tidak berani. Itulah serba ringkas tentang saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *