Timbalan Pengarah ILP Tampil Minta Maaf

timbalan pengarah ilp tampil minta maaf

Timbalan Pengarah ILP tampil minta maaf atas kesilapannya bertindak menjatuhkan beberapa buah motosikal pelajar.

“Saya pohon kemaafan atas perkara yang berlaku kerana ianya terjadi di luar kawalan saya.”

Kata Mohamad Hazmi Noordin, Timbalan Pengarah (Pengurusan Latihan) Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Bharu semalam. Beliau meluahkan permohonan maaf itu selepas tular kerana menendang motosikal milik para pelajar.

Timbalan Pengarah ILP Tampil Minta Maaf

Beliau juga mengaku lelaki yang menendang motosikal pelajar yang tular itu adalah dia sendiri. Mohamad Hazmi sendiri telah membuat laporan polis berkaitan kejadian terbabit. Mungkin kerana kesal dengan sikapnya sendiri yang boleh mencemar nama ILP dimata masyarakat.

VIDEO YANG TULAR


Beliau memaklumkan bahawa tiada niat untuk menyebabkan kerosakkan motosikal pelajar, dan ia berlaku di luar kawalan.

“Saya minta maaf pada semua pelajar yang melapor diri semalam serta ibu bapa. Saya anggap ini adalah ujian dan masa untuknya bermuhasabah. Harapan besar saya adalah agar usaha menabur bakti dalam bidang kemahiran akan diteruskan”.

Pada masa sama, dua telah diarahkan mengambil cuti seminggu serta dinasihatkan agar membuat pemeriksaan kesihatan di hospital.

Rakaman video selama 1 minit 28 saat mendapati seorang pegawai ILP menendang tiga buah motosikal yang diletakkan di kawasan itu hingga jatuh. Sejak 2 hari, kejadian itu menjadi tular di media sosial.

Kejadian berlaku ketika sesi pendaftaran pelajar senior. Ini disebabkan beliau tidak berpuas hati dengan para pelajar meletakkan motosikal mereka di kawasan itu. Perbuatannya menendang motosikal pelajar dirakam seorang pelajar yang secara kebetulan berada di situ.

Mohamad Hazmi juga memberitahu bahawa dia tidak terlibat secara langsung dengan Jawatan Kuasa Minggu Suaikenal Sesi Jan 2019 yang telah berlangsung semalam.

“Namun disebabkan saya perupakan pegawai yang bertanggung jawab dengan hal ehwal keselamatan di ILP hanya mahukan program berjalan dengan lancar,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, lelaki berkenaan ditahan selepas hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu. Kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis selepas diambil keterangan.

Menurut Hasanuddin, polis telah membuka siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

tindakan Timbalan Pengarah ILP tampil minta maaf sangat dipuji kerana beliau sedar dengan kesilapannya. Semoga beliau terus mampu mendidik jenerasi baru dengan lebih cemerlang selepas ini.

Sumber: Metro


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!