Tips Menjimatkan Air Di Rumah Dengan Cara Yang Betul

Cara menjimatkan air dengan betul

Air merupakan sumber yang sangat penting kepada kita. Ini kerana, selain daripada dijadikan bahan minuman, air juga sangat diperlukan untuk mandi, membasuh dan diminum. Bukan sekadar mengguna, kita hendaklah tahu bagaimana cara untuk menjimatkan air semasa menggunakannya.

Bagi mereka yang sudah berkahwin, agak sukar untuk menjimatkan air tambahan mempunyai ramai anak. Anak-anak sudah tentu suka bermain air apabila mereka masuk ke bilik air. Zaman dulu lain, walau anak ramai, tiada kos untuk mandi dan membasuh kerana kebanyakannya menggunakan air sungai atau perigi.

cara jimat air
Mandi sungai merupakan aktiviti menyihatkan selain menjimatkan bil air

Zaman sekarang kita kena berjimat seboleh mungkin kerana majoriti sudah mempunyai kemudahan bekalan air paip dan semua kelengkapan samada mandi, membasuh semuanya di dalam rumah. Jadi kenalah tahu berjimat supaya tidak terkejut melihat bil air setiap bulan.

Dalam bab penjimatan air ini, yang paling perlu diberi perhatian sudah tentu para isteri. Kerana isteri adalah tunjang dalam segala hal kerana mereka banyak berada di dalam rumah. Di mana-mana rumah kalau anak-anak main air mesti kita akan mendengar suara ibu bertempik atau membebel pada anak-anak. Suami memang akan jimat sepenuhnya kerana dia tahu susahnya dan pening kepalanya untuk membayar bil.

Artikel ini khas untuk kaum Hawa di luar sana supaya sama-sama dapat berkongsi bagaimana cara untuk kita menjimatkan air, sekaligus mengurangkan kos dan kos tersebut boleh digunakan untuk tujuan lain atau dibuat simpanan.

CARA MENJIMATKAN AIR

1. MEMBASUH PAKAIAN DALAM MUATAN YANG PENUH

mesin basuh
Basuh baju apabila pakaian memenuhi mesin basuh.

Walau rajin macamana sekalipun, para ibu hendaklah mendisiplinkan diri agar meletakkan pakaian kotor di tempat khas dahulu sehingga penuh muatan mesin basuh anda. Basuh apabila sudah penuh. Jangan lakukan jika hanya ada beberapa helai sahaja pakaian kotor. Kerana penggunaan air semasa membasuh adalah hampir sama kuantitinya.

2. JANGAN MANDI TERLALU LAMA

penjimatan air
Anak-anak biasanya banyak membuang air ketika mandi

Semasa anda mandi, hanya buka air ketika anda benar-benar hendak basahkan badan anda. Sekiranya anda sedang menggosok badan, sedang sabun badan dan sedang mencuci rambut, sila tutup injap paip air untuk sementara waktu. Dalam keadaan begini, ramai yang tidak menutup air dan membiarkan ianya mengalir begitu saja. Pembaziran air banyak berlaku ketika ini.

3. TUTUP AIR SEMASA MENGGOSOK GIGI DAN BERCUKUR

tutup air
Semasa anda bercukur dan menggsok gigi haruslah tidak membazir air

Ketika anda sedang menggosok gigi atau bercukur, air pada sinki hendaklah ditutup. Biasanya mereka tidak menutup air semasa bercukur dan menggosok gigi. Mungkin bagi mereka itu adalah perkara remeh, tetapi ianya membuang terlalu banyak air. Buka air ketika hendak digunakan sahaja seperti hendak mencuci berus, berkumur atau mencuci pisau cukur.

4. JANGAN GUNA ‘FLUSH’ DAN JANGAN BIARKAN AIR MENGALIR

tandas cangkung
Kawal penggunaan pam tandas. Penggunaan kolah menjimatkan air (gambar kecil\0.

Selepas membuang air kecil, anda tidak perlu flush. Anda hanya perlu siram menggunakan pencedok air beberapa kali dan ianya sudah mencukupi. Untuk pengetahuan anda, setiap kali kita ‘flush’ air tandas, kita telah menggunakan air sebanyak lebih kurang 11 liter. Bayangkan jika kita mempunyai jumlah ahli keluarga yang ramai. Berapa kali kita ‘flush’ dalam sehari dan berapa liter air yang dilepaskan?

Semasa membuang air besar pula, jangan dibiarkan air paip mengalir begitu saja. Sebaiknya gunakan baldi (atau sediakan kolah kecil) dan pencedok untuk membasuh selepas membuang air besar. Penggunaan ‘flush’ perlu dihadkan semasa membuang air besar sahaja. Walau bagaimanapun, masih juga boleh siram menggunakan baldi sahaja.

5. HADKAN PENGGUAAN AIR PAIP SEMASA MEMBASUH PINGGAN

tutup paip air
Tutup air semasa anda sedang sabun pinggang mangkuk adalah salah satu kaedah penjimatan air.

Membasuh pinggan adalah kewajipan selepas kita makan. Setiap hari perkara ini akan dan wajib berlaku.Tapi hanya perlu gunakan teknik yang betul ketika mencuci pinggan mangkuk. Sebolehnya, jangan guna air terus dari paip yang mengalir tanpa henti untuk membasuh pinggan. Sebaliknya sediakan satu bekas untuk mengisi air sepertimana yang dibuat di rumah-rumah kenduri atau di kedai makan.

Jika tiada ruang, buka air paip semasa hendak membasuh sahaja. Semasa membuang kotoran atau sabun, gunakan air yang sedikit yang diletakkan di dalam bekas kecil. Air dibuka apabila pinggan hendak dibasuh sahaja.

6. SEGERA BAIKI KEBOCORAN AIR

paip bocor
Setiap kebocoran air hendaklah segera dibaiki.

Jika nampak ada kebocoran pada paip air, segeralah membaikinya. Jangan buat-buat tidak tahu atau tidak nampak jika ada air menitis tanpa henti. Sebenarnya jika paip yang bocor tidak dibaiki jumlah air yang terbuang boleh mencecah 15 liter sehari. Itu belum lagi jika berlaku kebocoran yang besar.

7. PENJIMATAN AIR KETIKA MEMBASUH KENDERAAN

hos
Gunakan hos yang mempunyai nozel yang mempunyai injap kawalan.

Semasa anda membasuh kenderaan anda, guakan hos yang lengkap dengan nozel yang mempunyuai injap kawalan. Ianya membantu anda menjimatkan air yang banyak serta tenaga anda.

8. SIRAM BUNGA MENGGUNAKAN PENYIRAM

siram bunga
Gunakan baldi khas semasa menyiram bunga atau tanaman.

Jika anda berkebun atau menanam bunga, gunakan penyiram khas untuk kebun dan pokok bunga anda. Jika menggunakan air paip, akan berlaku pembaziran. Menggunakan penyiram sangat menjimatkan air dan poket anda.

PENUTUP

Selepas anda sudah berjimat seperti di atas, tentu bil air anda pada bulan tersebut sangat murah. Jika bil air boleh dijimatkan, anda bolehlah meminta pihak berkuasa air atau Indah Water untuk menyelenggara sistem air di rumah anda. Tujuannya adalah untuk memastikan air di rumah anda selamat dan bersih untuk digunakan.

Kerja-kerja yang dilakukan oleh Indah Water ini termasuk dalam kategori 3D (Dangerous, Dirty and Difficult). Setakat ini caj yang dikenakan sangatlah berpatutan dan anda tidak rugi untuk mendapatkan air yang bersih serta terawat.

Mungkin banyak lagi cara untuk menjimatkan air yang tidak disenaraikan di sini. Jika anda mempunyai tips-tips yang berkaitan, sila berkongsi dengan kami dan boleh dimasukkan ke dalam artikel ini – anakbapak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *