Bisul walau kecik, tapi sakit. Bila dan jadi bisul, jangan cucuk bisul dengan jarum. Cuba dapatkan tips merawat bisul. Kenapa tidak boleh cucuk? Sila baca artikel ini sehingga habis.
Bisul adalah nanah yang terkumpul dalam satu rongga dan menyakitkan. Bisul terjadi disebabkan oleh bakteria pada rambut folikal dan sekeliling kulit. Pada awal kemunculannya ia berbentuk seperti jerawat. Bisul dibentuk oleh bakteria yang dipanggil Staphylococcus aureus.
Bisul biasa terjadi pada mana-mana bahagian tubuh kita seperti di celah ketiak, leher, di betis, peha, siku dan lain-lain tempat lagi. Biasanya akan sembuh dalam masa beberapa hari, namun ia mengambil masa hingga dua dua minggu untuk benar-benar sembuh.
Walaupun anda mahu ianya cepat sembuh, tapi AWAS! Jangan pula dipecahkan bisul dengan cara mencucuknya dengan jarum kerana ia boleh mengakibatkan jangkitan kuman atau bakteria. Dapatkan tips merawat bisul di sini.
TIPS MERAWAT BISUL
Jadi gunakan cara selamat. Cuba 7 tips merawat bisul di bawah ini bagi jika ianya tumbuh pada anda atau sesiapa sahaja.
1. Tuam Dengan Haba Panas
Dapatkan tuala yang bersih dan rendamkannya dalam air panas. Kemudian perahkan tuala tersebut dan tuam pada bahagian yang tumbuh bisul. Lakukan selama 5 hingga 10 minit. Lakukan tiga hingga empat kali sehari.
Kaedah ini membantu mempercepatkan proses penyembuhan kerana haba panas meningkatkan circulation pada sekeliling bisul. Ia juga menambah lagi antibodi dan sel darah putih serta mengurangkan rasa sakit dan membuang darah serta nanah dalam bisul.
2. Cuci Dengan Sabun Anti-Bakteria
Rajin-rajinlah bersihkan bisul dengan sabun anti bakteria dan air suam hingga tiada baki nanah atau darah. Kemudian kesat hingga kering.
3. Guna Krim Anti-Bakteria
Sapu krim anti-bakteria pada bisul dan balut dengan kemas. Ia akan mengeringkan bisul. Jangan lupa balutan perlu kerap diganti. Selain krim anti-bakteria, anda boleh juga menggunakan tea tree oil, epsom salts, cuka epal (apple cider) dan minyak kastor.
4. Rawat Luka Dengan Segera
Meskipun anda mempunyai luka kecil yang difikirkan tidak memudaratkan, ia tetap perlu dibersihkan dengan sabun anti-bakteria. Selepas itu sapu ub4t atau krim dan hendaklah dibalut sehingga luka itu kering. Jangan dibiarkan terdedah kerana bakteria mudah masuk ke dalam badan melalui luka seterusnya boleh menyebabkan bisul.
5. Elakkan Duduk Terlalu Lama
Zaman teknologi perkomputeran kini banyak mempengaruhi seseorang supaya duduk terlalu lama.
Ingat! Duduk yang terlalu lama boleh menyebabkan bisul tumbuh di bahagian pungung. Jika anda banyak tugas-tugas di pejabat, seeloknya anda tahu untuk melakukan sedikit pergerakan dalam masa yang tertentu.
6. Jangan Berkongsi Tuala
Sila pastikan anda tidak terlalu kerap berkongsi tuala atau pakaian dengan orang lain. Biasanya berlaku kepada penuntut-penuntut sekolah, kolej dan badan beruniform yang duduk di asrama atau kediaman orang bujang. Tujuannya untuk mengelakkan daripada dihinggapi bakteria yang disebabkan oleh bisul.
7. Jaga Kebersihan Diri
Jika anda jenis seorang yang kerap terkena bisul, seeloknya gunakan sabun anti-bakteria setiap hari. Bersihkan daki-daki, kotoran dan minyak supaya tidak berkumpul di kulit. Seeloknya guna berus atau loofah.
Baca Juga – Tips Mudah Merawat Senggugut dan Lima Masalah Lain
Semoga tips merawat bisul di atas memberi manfaat kepada anda. Sila kongsikan jika ianya memberi manfaat. Terima kasih kerana sudi membaca.
Sumber: FMT
1 Comment