Tips Mudah Merawat Senggugut Dan Lima Masalah Lain

Cara Merawat Senggugut

Pengetahuan am tentang beberapa tips ini seperti wajib untuk diambil tahu kerana ianya sering berlaku kepada kita. Antaranya adalah Tips mudah merawat senggugut dan lima masalah lain.

Selain senggugut, ada lagi beberapa perkara lain yang sering berlaku yang membuatkan kita tidak selesa, adakalanya mendatangkan bah4ya kepada kita.

Perkara-perkara tersebut ialah seperti tersedak makanan, Mengkelan ketika makan, kaki selalu kejang atau krem, tidur tersalah bantal dan  kebas kaki atau semut-semut. Mari kita ikuti satu persatu.

SENGGUGUT

senggugut
Senggugut sering menyer4ng kaum wanita

Ini penyakit kaum wanita apabila tiba masanya. Orang kata senggugut akan berakhir bila berkahwin. Namun pengalaman Min sendiri menunjukkan selepas berkahwinpun tetap kena.


Caranya mudah saja. Selain makan pan4dol atau ub4t lain, jika terkena masalah ini, urut sahaja di belakangnya. Urut hingga angin keluar dan dia akan merasa lega.

Seeloknya urut dari bahagian pinggang ke atas supaya dia sendawa. Jika urut atas ke bawa, tukang urut pula silap-silap kena senggugut disebabkan angin yang keluar di bawah.

TERSEDAK MAKANAN

Jika anda tersedak makanan, jangan panik. Apa yang anda harus buat hanyalah dengan dengan mengangkat tangan. Ia akan beransur-ansur pulih. Anda jangan malu untuk mengangkat tangan walaupun sedang makan di kedai makan yang ramai orang. Silap-silap waiter datang jika anda angkat tangan.

MENGKELAN KETIKA MAKAN

Tips atasi mengkelan
Tersedak dan mengkelan hampir sama situasinya

Mengkelan bermaksud tersangkut makanan di kerongkong. Perkataan ini ada dalam kamus Dewan Bahasa. Biasanya kita selalu lihat berlaku pada orang tua-tua ketika mereka makan nasi. Jika ada anak-anak atau cucu buat bising dia akan mengkelan.

Anda masih tidak tahu apa itu mengkelan? Mudah saja. Anda cuba makan roti atau kek tanpa air. Jika ada rasa sangkut, itulah mengkelan.

Jika berlaku ketika sedang makan nasi, apa yang harus anda buat hanyalah dengan pusing pinggan makan ke kiri atau kanan berterusan. Insya Allah anda akan rasa lega. Jika tidak menjadi juga jangan marahkan pinggan tu, minum air beberapa teguk. Selesai.

KEJANG KAKI

cara merawat kejang kaki
Kejang kaki juga menyakitkan

Kejang kaki (cramp) atau tarik mengkarung sering berlaku terutamanya ketika suhu dalam keadaan sejuk atau ketika bersukan. Jika badan kita kuranq garam juga boleh menyebabkan masalah ini.

Jika anda mengalami kekejangan pada kaki kiri, anda hanya perlu angkat tangan kanan tinggi-tinggi. Sebaliknya jika berlaku pada kaki kanan, angkat pula tangan kiri tinggi-tinggi. Anda akan merasa selesa selepas itu.

KEBAS KAKI 

cara merawat kebas kaki
Kebas kaki membuatkan anda boleh jatuh ketika sedang berdiri

Jika kaki kiri terasa semut-semut atau kebas, goncang atau hayun telapak tangan kanan dengan sekuat tenaga dan jika kaki kanan pula, goncang atau hayun telapak tangan kiri dengan cara yang sama.

Anda boleh juga mencuba kaedah ini iaitu meletakkan sesuatu objek di celah ibu jari kaki anda. Tidak lama kemudian kebas akan hilang.

TIDUR SALAH BANTAL

salah bantal
Salah bantal meyukarkan anda berpaling

Jika anda tidur tersalah kedudukan bantal, anda akan merasa sakit di sekitar tengkuk dan urat belikat. Situasi ini akan menjadikan anda tidak selesa. Anda sukar untuk berpaling dengan baik samada ke kiri atau kanan.

Apa yang kita harus lakukan hanyalah dengan mengangkat kaki, kemudian tarik ibu jari kaki dan picit dengan memusingkan jari tersebut ke arah pusingan jam atau berlawanan pusingan jam beberapa kali (seperti pusing ke kiri dan kanan).

Kaedah lain ialah dengan cara orang tua dulu-dulu iaitu m3mukul bantal yang anda tidur ke tempat yang sakit itu (bahagian leher). Bantal hendaklah dijemur terlebih dahulu.

PENUTUP

Diharapkan selepas membaca info ini, ianya dijadikan sebagai pengetahuan baru atau menambah pengetahuan yang sedia ada. Biarlah ia kekal dalam ingatan anda.

Sila kongsi dengan orang lain. Mana tahu bermanfaat. Jika ada petua-petua yang hendak dikongsi, sila komen atau mesej ke inbox anakbapak.

Jangan lupa layari juga facebook @AnakBapak.

Artikel Lain: Merawat Penyakit Gout Cara Tradisional

Anak Bapak 


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!