9 Tips Perangkap Cicak Agar Tidak Mendekati Rumah Anda

perangkap cicak

Cicak seringkali membuatkan kawasan dalam rumah kita kotor dan dipenuhi najisnya. Tabiat cicak adalah melepas sesuka hati. Ini yang paling pantang kita tengok. Jika tidak di benteras dan perangkap cicak yang berkeliaran itu, bermakna penuhlah najis dia. Masa kecik-kecik dulu kat rumah Min cicak memang takut sebab kami adalah pemburu cicak.

Manakan tidak, Tok Wan berikan setiap seekor cicak dengan nilai wang kerana dijadikan ubat untuk binatang ternakan (lembu) yang mengalami masalah di kawasan pusat (yang baru lahir) dan yang mengalami terlvka.

Tips Perangkap Cicak

cara hapus cicak
Biasanya kita boleh lihat cicak akan menggunakan laluan awal yang sama sebelum ke sana ke sini

Cicak biasanya sering berkeliaran atau muncul di kawasan dalam rumah kita seperti di bingkai tingkap, celah langsir, kawasan rak pinggan, kawasan dapur dan lain-lain lagi. Jadi macam mana kita nak halau cicak ni supaya dia tidak datang lagi ke rumah kita?

Menerusi perkongsian dari Majalah Perdana dan Impiana, berikut adalah 9 cara berkesan menghalau cicak daripada memasuki rumah kita.

9 Tips Perangkap Cicak Agar Tidak Mendekati Rumah Kita


Anda boleh mencuba tips di bawah bagi menghalau cicak dan mudah-mudahan cicak tak buat U-Turn macam kita selalu buat:

1. GUNAKAN GAM
Telakkan gam pada satu bekas atau penutup tin, dan letakkan pada tempat yang selalu ada cicak. Letakkan umpan makanan. Apabila cicak tertarik dengan makanan, dia akan melalui di situ dan akan terperangkap.

cara membasmi cicak
gam perangkap tikus juga berkesan namun hati-hati

2. CAMPURAN TEMBAKAU DAN SERBUK KOPI
Campurkan sedikit serbuk kopi dengan serbuk tembakau dan gaulkan. Sapukan sedikitkan gam pada lidi, pencungkil gigi atau cotton bud. Lekatkan campuran serbuk kopi dan tembakau. Letakkan di tempat yang sering anda nampak cicak termasuklah di belakang almari. Cicak akan mati apabila selepas memakan serbuk tersebut.

3. CAMPURAN SERBUK CILI DAN LADA HITAM
Masukkan serbuk cili, serbuk ladan hitam dan air ke dalam bekas spray. Sembur pada dinding, tingkap dan pintu bagi mengelakkan cicak daripada masuk atau merayap ke dalam rumah anda. Cicak tidak tahan dengan rasa atau bauan yang pedas.

4. GAM PERANGKAP LALAT (PLY PAPER)
Letakkan gam pelekat lalat di tempat-tempat yang cicak selalu muncul. Apabila cicak melaluinya, ia akan melekat pada pada gam tersebut tersebut.

cara memerangkap cicak
Ply Paper perangkap lalat juga sangat berkesan

5. SOS TABASCO
Campurkan sedikit sos Tabasco dan air dan masukkan ke dalam botol spray. Sembur di kawasan rak, tempat tertutup seperti belakang almari dan sebagainya. Baunya yang tajam dan menusuk kalbu membuatkan cicak tidak berani datang ke tempat semburan itu.

6. KULIT TELUR BURUNG PUYUH
Letakkan kulit telur burung puyuh di ruang kosong seperti tepi tingknp atau pintu. Cicak tidak suka bau telur. Gantikan selepas 2 minggu digunakan. Telur ayam pun anda boleh cuba.

7. BAWANG PUTIH/MERAH
Gantung atau letakkan di tempat yang selalu cicak muncul. Boleh juga blend bawang dengan sedikit air untuk dijadikan air semburan dan masukkan dalam botol spray. Cicak tidak suka bau bawang putih atau merah.

8. SALOTAPE
Salah satu kaedah yang sangat berkesan untuk perangkap cicak adalah dengan salotape. Potong salotape dalam ukuran lebih kurang 1 meter. Lekatkan panda laluan cicak dengan cara hujung salotape lekat pada lantai atau dinding manakala bahagian lain diterbalikkan ke atas permukaan. Cicak akan melekat bila melaluinya.

cara elak cicak masuk rumah
Sebelum meninggalkan rumah, cuba pasang perangkap dari salotape. Anda boleh lihat hasilnya

9. BULU AYAM
Secara semulajadi, cicak takutkan bulu ayam. Gantung atau letak bulu ayam di sekitar rumah anda. Secara tidak langsung, cicak takut untuk menghampiri tempat tersebut. Buat lah seperti hiasan nampakpun berseni kan.

Baca – Petua Basmi Anai-Anai Agar Tidak Datang Lagi Ke Rumah Anda

Mungkin banyak lagi tips-tips yang boleh digunakan untuk perangkap cicak. Yang penting kita kena rajin explore.

Cara semulajadi nak kurangkan cicak dalam rumah kita adalah menjaga kebersihan terutama di tempat makan. Sisa-sisa makanan jangan dibiarkan di dalam sinki. Masukkan ke dalam plastik sampah dan pastikan tidak terbuka.

cara hapus cicak
Ini yang kita tak gemor

Cuci bekas makanan segera jangan tunggu sampai esok. Walaupun kita masih nampak ada kesan najis cicak, kita kena juga menggunakan tips-tips yang diberikan di atas untuk perangkap cicak yang ada.


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!