(C0V1D-19) Totenham Potong Gaji 550 Kakitangan. Pemain Bagaimana?

Totenham potong gaji 550 kakitangan

Totenham Potong Gaji 550 Kakitangan – Kira-kira 550 kakitangan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Totenham akan dipotong gaji mereka 20 peratus pada bulan ini berikutan krisis penularan C0V1D-19, menurut Pengerusi Spurs, Daniel Levy, semalam.

TOTENHAM POTONG GAJI 550 KAKITANGAN

Astro Awani melaporkan, Totenham adalah pasukan dari EPL kedua berbuat demikian selepas Newcastle United untuk memanfaatkan skim yang diperkenalkan oleh Kerajaan United Kingdom. Skim tersebut membolehkan pekerja menuntut 80 peratus daripada gaji mereka dengan jumlah maksimum £2,500 (RM13,361) sebulan.

Levy juga berharap para pemain juga bersetuju walaupun Ketua Eksekutif Persatuan Pemain Bolasepak Profesional (PFA), Gordon Taylor, merancang untuk menghalang langkah pemotongan gaji pada minggu ini.

“Banyak operasi kelab ini perlu dihentikan. Ramai peminat kami akan kehilangan pekerjaan dan kebanyakan orang akan berasa bimbang tentang masa depan mereka,” kata Levy dalam satu kenyataan di laman sesawang Spurs.

“Penaja kami pula bimbang dengan perniagaan mereka dan rakan media kami tidak mempunyai kepastian apakah kami akan menyambung aksi atau kami akan dibenarkan untuk bermain di hadapan peminat kami. Kelab juga mempunyai kos tahunan yang bernilai beratus-ratus berjuta-juta.


Levy juga berkata pihak kelab telah melihat beberapa kelab terbesar dunia seperti Barcelona, Bayern Munich dan Juventus mengambil langkah serupa untuk mengurangkan kos.

“Setelah mengambil langkah untuk mengurangkan kos, ia adalah satu keputusan yang sukar – bagi melindungi pekerjaan – dengan mengurangkan kesemua gaji 550 orang termasuk pengarah dan pekerja yang bukan pemain sepanjang bulan ini dan depan menerusi pemotongan gaji sebanyak 20 peratus melalui skim kerajaan.

“Kami akan terus mengkaji kedudukan ini.”

Tambahnya lagi beliau berharap agar perbincangan semasa antara Liga Perdana, PFA dan LMA (Persatuan Pengurus-Pengurus) akan mempengaruhi keputusan pemain dan jurulatih untuk menyumbang sedikit demi sistem kitaran bola sepak.

“Saya tidak meragui bahawa kita akan mengatasi krisis ini tetapi kehidupan akan mengambil sedikit masa untuk kembali normal.”

Ha lepas ni kalau benar-benar berlaku seperti yang dilaporkan oleh Astro Awani, mereka akan merasa gaji minima yang ditawarkan kerajaan. Tapi sebelum ni gaji mereka cukup tinggi tentu tak habis makan bila berada situasi kecemasan begini untuk beberapa bulan yang akan datang.

Walaupun Totenham potong gaji 550 kakitangan mereka, setakat ini kita belum mendengar tentang pemotongan gaji untuk pemain dari kelab-kelab Liga Malaysia. Atau min tertinggal. Semoga semuanya dipermudahkan termasuk diri kita.


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!