Tren bagi perkhidmatan keretapi Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dijangka mula beroperasi seawal 1 Januari 2027.
Ianya akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi wilayah pantai timur dan negara ini bagi tempoh beberapa dekad akan datang.
ECRL Pemangkin Kepada Ekonomi Negara
Menurut Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, projek ECRL dijadualkan siap sepenuhnya pada akhir 2026.
Keretapi ini akan menghubungkan negeri-negeri Pantai Timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang. Ia termasuklah Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Putrajaya dengan Lembah Klang.
“Projek ini juga dijangka mampu merancakkan perdagangan di antara Malaysia dan China.
“Adalah diharapkan projek ini yang turut membabitkan negara itu membolehkan eksport komoditi negara, khususnya minyak, gas, kelapa sawit, getah dan produk pengilangan menembusi pasaran China secara lebih meluas,” katanya dalam satu kenyataan media semalam selepas diberi taklimat berkaitan projek tersebut.
Abdul Rahim berkata, apa yang menarik adalah ECRL berdasarkan landasan tolok piawaian berbanding rel berkembar sedia ada yang menggunakan tolok tiga meter.
“Projek ini menggunakan saiz landasan tolok piawaian yang membolehkan pemasangan gerabak kereta api dengan kelajuan 160 kilometer (km) sejam.
“Tolok sedemikian boleh menggunakan tren laju sehingga melebihi 300 km sejam mengikut keperluan operator perkhidmatan,” kata beliau.
Jarak landasan ECRL 2.0 sejauh 640 km itu telah dipendekkan berbanding laluan asal 688 km dengan jumlah stesen kereta api dikurangkan kepada 20 berbanding 26 sebelumnya.
Pengurangan jarak sebanyak 48 kilometer juga dijangka dapat mengurangkan kos bernilai RM21.5 billion kepada RM44 bilion berbanding kos asal yang mencecah RM65.5 bilion.
Baca: Najib Diarah Bayar Cukai LHDN Berjumlah RM1.69 Bilion
Sumber: Utusan
Kalau tengok kepada tarikh memang agak lama lagi la nak merasa. Mungkin ada yang tidak kesampaian. Apapun semoga projek ini mampu memberi kemudahan dan keselesaan kepada generasi yang akan datang.