Nukilan Seorang Anggota Bomba – “Kami Berkhidmat Untuk Semua Bangsa dan Agama”

bomba 01

Untuk pengetahuan anda semua, tujuan Perkhidmatan Bomba dan Menyelamat ditubuhkan di mana-mana negara di dunia ini adalah untuk memainkan 3 peranan utama iaitu Menyelamat Nyawa, Mengurangkan Kemusnahan Harta Benda Akibat Daripada Kebakaran dan Memberikan Perkhidmatan Kemanusiaan.

Semua bentuk kemalangan dan bencana, merekalah yang pertama tampil untuk membantu tanpa mengira siapa yang mereka perlu selamatkan walaupun mangsa itu hanya seekor anak kucing. Oleh itu janganlah kita melayan mereka seperti musuh walau dalam apa jua keadaan. Kerja mereka sendiri sudah berisiko, nyawa mereka menjadi taruhan.

tugas dan tanggungjawab bomba
Tugas Bomba dalah tugas bahaya dan mulia yang orang lain tidak mampu lakukan.

Senjata yang mereka bawa bukan untuk mengancam sesiapa. Senjata mereka hanyalah Hos dan nozel serta air kosong. Segala senjata tajam yang mereka bawa seperti kapak, crowbar, cutter dan pisau pemotong hanyalah untuk dengan satu tujuan. Menyelamat! Jangan risau dengan kapak yang terselit dipinggang mereka.

peranan bomba
Bomba juga berkhidmat untuk semua makhluk sama ada yang bernyawa dan tidak bernyawa.

Bersama ini dikongsikan nukilan salah seorang anggota bomba. Beliau cuba menerangkan kepada kita semua, apa tugas mereka dan kepada siapa mereka bertugas.

“Yang pasti tidak kira siapa…tidak kira agama, bangsa dan warna kulit aku pasti KAMI (BOMBA MALAYSIA) akan cuba sedaya upaya bantu …..Kerja mulia pada semua agama…


Kemalangan jalan raya …

Macam biasa aku dah tahu dah kalau kemalangan jalan raya telefon bomba confirm sure of course ….TERUK kalau tak mati….adalah parah tersepit sana sini….

Jadi bergegaslah kami ke tempat kes.
Sampai sampai ada uncle india tersepit dalam 60 lebih umurnya…tapi nasib uncle ni kuat ….Aku cuba tenangkan uncle ni…pasang Cervical Collar …borak borak…

Uncle: “tq tq tolong “

aku: “eh takpe…uncle releks la…uncle take a deep breath ….”

Jauh di sudut hati aku bersyukur sebab uncle ni sempat say terima kasih walaupun keadaan dia macam tu….

Alangkah baiknya jika rakyat Malaysia kita bersatu padu tanpa mengira kaum…lepak semeja…sembang sembang…bertukar pendapat …

Yang pasti tidak kira siapa ….tidak kira agama , bangsa dan warna kulit aku pasti kami (Bomba Malaysia) akan cuba sedaya upaya bantu …..”

tanggungjawab bomba
Mereka tidak memilih siapa yang akan dibantu

Itulah nukilan ringkas seorang anggota bomba yang penuh makna. Semoga di masa yang akan datang kita semua rakyat malaysia wajib mengenali mereka. Mana-mana penduduk di muka bumi ini, adalah bodoh jika tidak mengenali bomba.

Hanya keegoan dan kebencian kepada sesuatu bangsa yang akan menyebabkan kita tidak mengendahkan siapakah mereka yang datang untuk menyelamat. Mungkin ketika itu bukan kita yang akan diselamatkan, tetapi mungkin bangsa kita, saudara mara kita atau ibubapa kita.

fungsi bomba
Bersatu Teguh Bercerai Roboh

– Anak Bapak –

Nukilan: Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!