Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan menerima peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tun Dr Mahathir, Perdana Menteri Interim
Perkara ini disahkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali. Sementara menunggu perlantikan Perdana Menteri Malaysia yang baru selaras dengan Perkara 43 (2) (a) Perlembagaan Persekutuan, Tuanku Yang di-Pertuan Agong juga berkenan melantik Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Interim sepertimana yang dilaporkan oleh Sinar.
Dalam lagi dalam satu kenyataan hari ini, “Justeru, selaku Perdana Menteri sementara, beliau akan menguruskan pentadbiran negara sehingga Perdana Menteri dan ahli Kabinet baharu dibentuk.
Tun Dr Mahathir telah menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong sekitar jam 1 petang tadi.
Terdahulu, kira-kira jam 4.20 petang, Dr Mahathir dilihat telah keluar dari kediaman rasmi beliau untuk ke Istana Negara bagi menemui Yang di-Pertuan Agong dipercayai bagi membincangkan perkembangan politik semasa selepas Ahli Parlimen Langkawi itu mengumumkan meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.
Maksud Interim: Bersifat sementara (sehingga satu penyelesaian yang mantap dicapai.
1 Comment