Resepi Udang Goreng Butter Sedap

resipi udang butter

Udang Goreng Butter memang sedap. Kalau pergi dinner ada menu ini, kena cepat. Kalau tidak kita tak sempat rasa. Nak buat pun bukan susah sangat.

RESEPI UDANG GORENG BUTTER

Penyediaan Sarang Telur:

Bahan-Bahan

# 2 biji kuning telur dicampur sedikit susu cair – dipukul sederhana
# 1 senduk butter / marjerin
# 1 cawan minyak masak
# Daun Kari


telur bersarang
Sarang telur yang cantik dan menaikkan selera anda

Cara Membuat Sarang Telur

1. Panaskan kuali dan masukkan butter atau marjerin bersama minyak masak. Sebaiknya gunakan senduk bulat.
2. Bila minyak dalam kuali sudah betul betul panas, pusing-pusingkan minyak dengan senduk laju-laju membentuk bulatan sehala tanpa henti.
3. Kemudian tuangkan kuning telur dari kedudukan yang tinggi supaya telur jatuh ke dalam kuali dan menjadi halus. Teruskan pusing dan tuang hingga habis.
4. Masukkan daun kari pada masa ini jika mahu. Pusing terus senduk tu sehingga telur tu masak berwarna keemasan.
5. Setelah masak tuangkan ke dalam penapis untuk toskan minyaknya. Langkah seterusnya kita siapkan pula udangnya.

VIDEO MENYEDIAKAN SARANG TELUR

Bahan Untuk Menggoreng Udang

# 12 ekor udang (terpulang kepada anda)
# Sedikit lada sulah
# Minyak untuk menggoreng
# 3 ulas bawang putih – dicincang
# 6-8 tangkai cili padi – dihiris
# 5 tangkai daun kari
# 1/4 cawan susu cair/susu segar
# Sedikit butter/marjerin untuk menumis
# Sedikit serbuk lada hitam/putih (jika anda suka)
# Garam secukup rasa

udang
Masakan lebih sedap jika udangnya segar

Cara Menggoreng

Langkah 1:

1. Mula-mula goreng dulu udang yang digaul dengan sedikit garam dan lada sulah sehingga agak berubah warna dan masak.
2. Jangan goreng terlalu lama sangat nanti udang akan mengecut, tidak cantik dan agak keras bila dimakan.
3. Angkat dan toskan minyaknya.

udang butter
Hasil masakan yang akan menaikkan selera seisi keluarga

Selamat Mencuba.

Resepi Lain: Murtabak Mini Daripada Kulit Popia



You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya memang anak bapak dan ibu. Seorang lelaki biasa namun ada perlindungan insurans, takaful dan medical card. Saya suka melancong (travel) terutama ke Korea, Jepun, Eropah dan Australia. Gemar menaiki pesawat tambang murah seperti Air Asia, Malindo, Fire Fly dan Scoot. Berhasrat mahu ke Amerika Syarikat. Makanan kegemaran KFC, Western Food, McDonalds, Masakan India dan Thailand. Kereta Honda tetapi mahu membeli Ferrari atau Lamborghini tetapi tidak mampu. Telefon hanya guna Samsung dan vivo. Dulu pernah guna oppo. Huawei tidak pernah cuba. Suka juga layari laman niaga Ali Baba, e-bay dan Amazon. Berhasrat mahu memiliki banglo mewah kalau ada duit. Orang kata nak banyak duit main forex atau bitcoin tapi saya tidak berani. Itulah serba ringkas tentang saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!